suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramai teka bakal juara AJL40... Neelofa pula senaraikan nama Aina, Aisha dan K.O.I

Neelofa (kiri) ramal Aisha (kanan) atau Aina bakal bergelar juara AJL40.

KEHANGATAN Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) yang bakal berlangsung pada malam Ahad semakin terasa bahangnya.

Seperti kebiasaan, ramalan pengacara dan usahawan Neelofa sering kali dinanti-nantikan netizen memandangkan ia selalu mengena serta hampir tepat.

Bagi edisi kali ini, Neelofa memilih tiga nama penyanyi pilihan iaitu Aina Abdul dengan lagu Kamu, Aisha Retno (Tak Adil) dan K.O.I (Tiwikarma).

Neelofa sebut tiga nama bakal juara AJL40.

"AJL40, Aina Abdul, Aisha Retno dan K.O.I," katanya ringkas di Instastory.

Dalam hantaran itu juga, dia meluahkan rasa teruja untuk menyaksikan persembahan daripada Wani Kayrie menerusi lagu Cak Cak Cekuk.

“Dan tidak sabar untuk menyaksikan persembahan Cak Cekuk Undang Galah," ujarnya secara berseloroh.

ARTIKEL BERKAITAN: Tekaan selalu mengena, kali ini Neelofa ramal Semalam (Aina Abdul) juara AJL35!

ARTIKEL BERKAITAN: Suka filem ‘Imaginur’, Neelofa pilih lagu nyanyian Amir Jahari menang AJL38

AJL40 menyaksikan 10 lagu terbaik iaitu  Lumangad Oku Dika oleh Ryenald Guntabid, Kamu (Aina Abdul), Cak Cak Cekuk (Wani Kayrie) Ke Mana Ni (Luca Sickta, KMO & KMP / KMK) dan Tak Adil (Aisha Retno).

Selain itu turut bersiang adalah Tangisan Seorang Pendosa (Marsha Milan) Semacam Pandora (Hazama), Lemah (Dayang Nurfaizah) Nurcinta  (Amir Masdi) dan Tiwikarma (K.O.I).

10 penyanyi bakal merebut gelaran juara AJL40.

AJL40 akan berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 9 malam ini.

Anugerah berprestij ini akan dihoskan oleh Naz Rahman bersama rakan gandingan Sissy Imann.

 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain