suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

K.O.I juara AJL40, Marsha Milan menang vokal terbaik

K.O.I diumumkan sebagai juara AJL40.

LAGU Tiwikarma nyanyian kumpulan K.O.I  diumumkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) dalam acara yang berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam Sabtu.

Kemenangan tersebut melayakkan K.O.I bersama komposer Zai Hamzah dan Hemo Globin  serta penulis lirik Achoi Floor 88, Khaza Raflex, Tuan Nicky, Mya Nana dan Sapik Sam membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 serta trofi AJL40. 

Tempat kedua pula milik lagu Tak Adil nyanyian Aisha Retno yang merupakan ciptaannya sendiri bersama Radi. 

Marsha pemenang Vokal Terbaik AJL40.

Aisha membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 serta trofi. 

Sementara itu lagu Lumangad Oku Dika nyanyian Ryenald Guntabid berjaya mendapat tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000. 

Lagu tersebut merupakan ciptaan Ryenald sepenuhnya. 

Bagi kategori Vokal Terbaik, juri memilih penyanyi Marsha Milan sebagai pemenang menerusi persembahannya dalam lagu Tangisan Seorang Pendosa dengan hadiah wang tunai RM12,000. 

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai teka bakal juara AJL40... Neelofa pula senaraikan nama Aina, Aisha dan K.O.I

ARTIKEL BERKAITAN: Throwback AJL... Haiza kongsi cerita lucu Jaafar Onn tiba-tiba muncul atas pentas bersama Rohana Jalil

Manakala Persembahan Terbaik pula dimenangi oleh Aina Abdul menerusi lagu Kamu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000. 

Aina turut memenangi kategori Anugerah Ikon Artis Pilihan Shopee dengan hadiah wang tunai RM50,00. 

Penyanyi itu turut diumumkan mewakili Malaysia dalam pertandingan Eurovision Song Contest Asia 2026. 

Aisha berjaya meraih tempat kedua di AJL40.

Keputusan AJL40 diadili sembilan orang juri yang diketuai oleh pengarah muzik, Datuk Acis.  

Malam kemuncak AJL40 dihoskan oleh Naz Rahman dan Sissy Imann mengangkat tema Meraikan 4 Dekad: Evolusi dan Masa Depan Muzik Malaysia. 

Acara ini turut diserikan dengan persembahan artis-artis popular seperti Datuk Francissca Peter, Misha Omar, Syamel, Ernie Zakri, Amelina dan Ziana Zain serta kemunculan istimewa Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain