PELAKON Puteri Balqis mendedahkan dirinya kurang senang dengan sikap pelakon lelaki yang didakwa berlagak sombong dan sengaja bergesel tanpa sebab sewaktu berlakon bersamanya.Menerusi satu hantaran yang dimuat naik, Puteri Balqis atau nama sebenarnya Puteri Balqis Azizi, 19, mengakui dia terpaksa mengambil tindakan sendiri berjumpa dengan pengarah bagi meminta agar babak bersentuhan dikurangkan selepas mendakwa aktor tersebut berulang kali cuba mengambil kesempatan. Tegasnya, dia sama sekali tidak gentar berdepan kecaman atau dilabel sebagai pelakon yang biadab demi mempertahankan maruah serta batas pergaulannya di set penggambaran.“Kau nak maki aku beramai-ramai, kau maki. Nak cakap aku biadab, cakap. Aku memang tidak suka pelakon yang suka berlagak dan bergesel tanpa sebab dengan aku.Hantaran yang dibuat Puteri Balqis di Instagramnya. “Aku sendiri yang pergi jumpa pengarah, bukan aku sembang saja. Aku sendiri yang minta kurangkan babak pegang sebab ada pelakon yang asyik ambil kesempatan bergesel tempat yang tidak sepatutnya dengan aku.“Banyak kali, tahu? Dan jangan cakap pelakon tidak tahu apa tujuan,” katanya dalam satu hantaran di Instagram pada Isnin. Bagaimanapun, Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish tidak mendedahkan identiti sebenar pelakon lelaki berkenaan secara terbuka.Dalam pada itu, Aqish turut membandingkan sikap profesional barisan aktor lain yang pernah bergandingan dengannya termasuk Amir Ahnaf dan Aedy Ashraf yang sentiasa menghormati batasan dirinya.ARTIKEL BERKAITAN: “Semua tempat akak burukkan saya!“ - Puteri Balqis tempelak wanita sengaja cetus kebencianARTIKEL BERKAITAN: “Soon“ - Puteri Balqis jawab ringkas soal kahwin, belum sedia kongsi tarikhMalah, dia memuji pelakon-pelakon lelaki berstatus suami orang yang disifatkan sangat menjaga batas sehingga dia tidak perlu campur tangan meminta pengarah mengubah skrip.“Walaupun Amir Ahnaf, aku berlakon berbulan dengan dia. Babak semua berat. Dia sendiri yang sentiasa ingatkan diri bahawa aku ada batasan dengan lelaki. Tidak pernah sekali pun Amir Ahnaf ambil kesempatan atau sengaja bergesel dengan aku.“Aedy Ashraf pula, berlakon babak peluk sebagai abang, tiada teraba-raba aku. Cukup hormat.“Malah pelakon yang sudah berkahwin seperti Aiman Hakim, Ady Mohamad, Jazmy Juma dan Kodi Rasheed semua tahu batas. Aku tidak perlu pergi jumpa pengarah sendiri untuk beritahu kurangkan babak yang tidak okey. Habis babak, terus keluar. Masing-masing tahu ini kerja,” ujarnya. Aqish ada meletakkan batas dalam lakonannya. Sebelum ini, Aqish ada memuat naik kenyataan panjang meluahkan rasa rimas selepas kerap menerima gangguan serta amaran daripada segelintir peminat fanatik pelakon lelaki yang bergandingan dengannya.Menjelaskan dirinya langsung tidak berminat untuk menjalin hubungan dengan mana-mana actor, dia menyifatkan golongan lelaki dalam industri sebagai membosankan dan fokus utamanya kini hanyalah bekerja keras demi mengumpul wang simpanan.“Tidak perlu bagi amaran dekat aku banyak kali. Jangan kacau pelakon ini, pelakon itu, dia kami punya. Kau ambillah. Jantan dalam industri ini sangatlah membosankan. Tiada aura, kebanyakannya sepesen.“Ini bukan waktunya aku nak tolak rezeki semata-mata sebab korang tidak suka aku. Ini waktunya aku bekerja dan simpan duit sebanyak mungkin,” ujarnya.