PENYANYI dan pelakon veteran, Uji Rashid tampil menjelaskan keadaan sebenar selepas timbul persoalan dalam kalangan netizen mengenai ketiadaan bapa Allahyarham Cico, Jamaluddin Jalil Harahap, ketika anak mereka meninggal dunia.Uji atau Fuziah Haroun Al Rashid, 73, bekas suaminya itu sebenarnya sudah meninggal dunia pada September lalu di Lenggeng, Negeri Sembilan. Kata Uji, perkara berkenaan tidak diketahui ramai kerana Cico seorang yang sukar berkongsi hal peribadi kepada orang lain.Uji akui Cico pernah berkecil hati dengan arwah bekas suaminya.“Orang kata kenapa bapa dia tak datang. Cico susah nak cakap dengan orang. “Cico sendiri pernah berkecil hati kerana ketika dia sakit, bapanya tidak datang menjenguk. “Dia pun tak beritahu bapa dia pun baru meninggal dunia pada September lalu, “ katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Cico Harahap meninggal dunia akibat sesak nafasARTIKEL BERKAITAN: Hujan renyai iringi pengebumian Cico Harahap, 200 orang hadir beri penghormatan terakhirUji berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis bacaan yassin dan tahlil serta penyerahan sumbangan yang diadakan di Masjid Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor pada petang Ahad. Dalam pada itu, Uji mengakui Cico masih berhubung dengan bapanya, namun anaknya masih memendam beberapa konflik keluarga yang terjadi sebelum ini."Cico memang masih berhubung dengan bapanya tetapi dia kecil hati juga sebab waktu dia sakit, bapanya tak datang melawat. “Selepas itu, apabila ada ahli keluarga yang memaklumkan mengenai kematian bapanya, saya nasihatkan Cico supaya pergi menziarahinya.“Namun, Cico tidak mahu. Dia cuma berkata, dalam solat, dia akan mendoakan dan meminta supaya dosa bapanya diampunkan,” katanya.Uji dan arwah bekas suami sudah lama berpisah.Untuk rekod, Uji dan Jamaluddin Jalil bernikah pada sekitar 1978, namun dilaporkan rumah tangga mereka telah lama berakhir dengan penceraian. Pada 8 November lalu, Cico disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 11 pagi di Hospital Ampang, Selangor akibat sesak nafas.Jenazah Allahyarham kemudian disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang.Allahyarham meninggalkan seorang anak perempuan, Rindu Nur Fitrah, 18, hasil perkahwinan bersama bekas isterinya, Nur Fuziani Abdullah.