suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peserta 125ZR Members Gathering 2.0 maut, motosikal terbabas bertembung Axia

Keadaan kemalangan yang mengakibatkan mangsa meninggal di lokasi kejadian.

SEORANG peserta program 125ZR Members Gathering 2.0 maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah Perodua Axia di Kilometer 5.7 Jalan Pantai, Port Dickson, awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Ahmad Afiq Mohd Adnan berkata, mangsa berusia 28 tahun dari Petaling Jaya meninggal dunia di lokasi kejadian dalam nahas kira-kira pukul 4.30 pagi itu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta yang dipandu seorang wanita tempatan berusia 29 tahun.

"Kereta itu dalam perjalanan dari Batu 4, Jalan Pantai menghala ke Taman Intan Duyung ketika kemalangan berlaku," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Pemandu kereta mengalami kecederaan ringan, manakala mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Port Dickson untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -The Star

Artikel Lain