suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja 17 tahun meninggal dunia, keluarga persoal kontraktor sibuk gerudi dinding wad ketika anak bertarung nyawa

Suasana di wad sepatutnya aman dan tenteram demi kesejahteraan pesakit. -Gambar hiasan AI

SEORANG remaja perempuan berusia 17 tahun meninggal dunia selepas menerima rawatan di sebuah hospital, sekali gus mencetuskan persoalan dalam kalangan ahli keluarganya mengenai aspek keselamatan pesakit di fasiliti kesihatan berkenaan.

Keluarga mangsa mempersoalkan tindakan pihak hospital yang membenarkan kerja penggerudian dan pengubahsuaian dilakukan di wad ketika remaja yang berada dalam keadaan kritikal itu sedang menerima rawatan.

Pengarah hospital di daerah Bang Lamung, Chon Buri, Thailand, mengakui pekerja tidak sepatutnya menjalankan kerja penggerudian di dalam wad ketika pesakit masih berada di situ.

Menurutnya, kerja sedemikian perlu ditangguhkan sehingga pesakit tiada di wad atau hanya boleh diteruskan selepas katil pesakit dialihkan ke kawasan yang lebih selamat.

Ibu mangsa memberitahu media bahawa kerja penggerudian berlangsung dari pagi sehingga ke petang.

Dakwaan itu bagaimanapun berbeza dengan penjelasan pengarah hospital yang menyifatkan kerja-kerja berkenaan hanya dilakukan dalam tempoh singkat.

Remaja yang masih menuntut di sekolah menengah itu mula jatuh sakit pada Ogos lalu akibat ketumbuhan yang menjejaskan sistem sarafnya sebelum dipindahkan ke hospital berkenaan pada 6 Oktober.

Dia kemudian meninggal dunia di Hospital Rajavithi, Bangkok pada 11 November lalu.

Sijil kematiannya menyatakan ketumbuhan pada sistem saraf pusat sebagai punca kematian. -Agensi

Artikel Lain