suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amir Raja Lawak bimbang jualan ayam goreng, masih sakit untuk promosi bisnes

Amir tetap memikirkan kebajikan pekerja walaupun sedang sakit.

PELAWAK Amir Raja Lawak tetap memikirkan nasib perniagaan ayam goreng miliknya di Kota Bharu, Kelantan, meskipun kini sedang menerima rawatan di hospital.

Amir atau Mohammad Amirullah Azmi, 37, meminta orang ramai khususnya yang berada di sekitar Kota Bharu supaya singgah membeli makanan di kedainya di Medan Selera Stadium Kota Bharu.

Kata Amir, sokongan pelanggan amat diperlukan bagi memastikan operasi perniagaan terus berjalan sekali gus membolehkannya melunaskan bayaran gaji pekerja.

Amir mengusahakan kedai ayam goreng di Kota Bharu.

"Terima kasih yang mendoakan, kepada yang mana ada di Kota Bharu tolonglah singgah dan sokong kedai ayam goreng saya di medan selera Stadium Kota Bharu sebab kedai buka sahaja setiap hari. 

"Kalau anda semua datang beli boleh lunaskan bayar gaji pekerja. Kedai tak boleh tutup. 

"Kalau kedai tutup gaji pekerja tak jalan. Kesian mereka nanti, singgahlah beli ayam goreng," katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Kesihatan Amir Raja Lawak membimbangkan, bakal dimasukkan ke ICU... Lando mohon doa orang ramai

ARTIKEL BERKAITAN: “Amir Raja Lawak bukan ditidurkan, hanya bergantung alat bantuan pernafasan” - Isteri

Amir berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Facebook miliknya. 

Dalam pada itu, Amir turut memberitahu dia sepatutnya melakukan promosi perniagaan menerusi sesi siaran langsung jika berada dalam keadaan sihat.

"Kalau saya sihat bolehlah saya buat promosi dalam sesi siaran langsung. 

Amir kini menerima rawatan di hospital.

"Terima kasih yang ambil berat, mendoakan dan jaga diri, jaga kesihatan semua," ujarnya. 

Pada 11 November lalu, pelakon Lando Zawawi atau Azlan Sani Zawawi, 51, memaklumkan Amir sedang menunggu giliran untuk mendapatkan tempat di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi mendapatkan rawatan susulan masalah kesihatan yang dialaminya. 

Menurut Lando, tahap kesihatan pelawak itu mula merosot sejak beberapa hari lalu, selain mempunyai sejarah penyakit asma sejak kecil.

 

Artikel Lain