suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Hari ni pergi kedai je la!” - Isteri cemburu suami makan bekal air tangan kerani janda, siap boleh ‘request’ lauk kegemaran

Amalan berkongsi bekal makanan sesama rakan sekerja berupaya mengeratkan hubungan silaturahim di tempat kerja. -Gambar hiasan AI

"MAKAN je pun, bukan keluar berdua dengan janda tu."

Kata-kata seorang lelaki ketika mempertahankan tindakannya berkongsi makanan dengan rakan sekerja wanita berstatus ibu tunggal mengundang perhatian apabila ramai berasa kurang senang dengannya.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, lelaki itu mengakui tidak menyangka rutin makan tengah hari di pejabat boleh mencetuskan perselisihan faham dengan isterinya.

Menurut lelaki berkenaan, dia sudah enam tahun mendirikan rumah tangga dan tidak pernah mengharapkan isterinya menyediakan bekal makanan memandangkan masing-masing bekerja.

"Sampai sekarang isteri masih tarik muka dengan aku. Aku tak kisah selama ni dia tak pernah sediakan bekal untuk aku, bukan susah nak cari makan. 

Suami yang baik akan menjaga nama dan maruah isteri. -Gambar hiasan AI

"Biasanya lunch aku keluar makan dengan kawan-kawan pejabat. Tapi sejak dua hingga tiga bulan ni jarang makan luar. Ada seorang kerani ni memang rajin masak bekal.

"Selalu bawa lauk lebih dan ajak makan bersama. Serius memang sedap masakan dia. Lagi-lagi daging salai masak lemak, kalah kedai yang aku selalu pergi," ceritanya di Threads.

Bagaimanapun, keadaan mula berubah apabila si isteri mengetahui individu yang sering berkongsi makanan dengannya itu merupakan seorang ibu tunggal.

Lelaki tersebut memberitahu, isterinya mula mempersoalkan status wanita berkenaan selain ingin mengetahui sama ada hidangan yang dibawa itu disediakan khas untuknya atau dikongsi bersama pekerja lain.

Dia turut mengakui wanita berkenaan kadangkala bertanyakan lauk kegemarannya untuk dibawa ke pejabat pada keesokan hari sehingga membuatkan isterinya berasa kurang senang.

ARTIKEL BERKAITAN: “Masa sembang okey, waktu rehat kena tinggal!” – Pekerja baharu sedih rakan ofis keluar tak ajak, buntu cari kedai makan

ARTIKEL BERKAITAN: "Dah bekas mulut aku" - Wanita rimas 'suami orang' suka minta makanan di ofis, ramai syak taktik ‘test market’

"Isteri tanya aku, janda tu masak untuk semua orang atau aku je. Aku jawab memang dia bawa lebih dan kongsi. Cuma kadang dia tanya nak makan lauk apa sebab dia tahu aku suka masakan kampung.

"Isteri aku terus cakap... oh siap boleh request menu sekarang? Aku cakap bukan request, janda tu tanya je. Lagipun bukan aku seorang yang makan sebab unit ada 12 orang, biasa makan tak lebih lapan orang. 

"Satu pagi tu, sebelum pergi kerja isteri pesan dekat aku hari ni makan kedai je la. Tak payah susahkan janda tu masak," ceritanya lagi di Threads. 

Teguran dan perubahan sikap isterinya itu menimbulkan tanda tanya buat si suami, memandangkan sebelum ini isterinya tidak pernah mengambil tahu hal makan tengah harinya di tempat kerja.

"Selama ni aku tak pernah paksa isteri masak untuk bawa bekal. Aku faham dia penat kerja. Tapi apabila orang lain ikhlas kongsi makanan, kenapa pula jadi isu?

  • Suami seronok makan lauk masakan kerani ofis.
  • Kerani wanita berstatus janda rajin berkongsi makanan.
  • Isteri mula curiga apabila tahu status kerani itu.
  • Suami pelik isteri tiba-tiba ambil tahu menu tengah hari.
  • Netizen tegur lelaki supaya lebih peka jaga perasaan isteri.

"Yang buat aku terfikir, sebelum ni wife aku tak pernah kisah pun aku makan apa waktu lunch. Tapi sekarang tiap-tiap hari dia tanya aku makan apa dan siapa yang masak.

"Aku salah ke sebenarnya? Sebab pada aku, makan je pun. Bukan keluar berdua dengan dia," jelas lelaki tersebut.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya berpendapat lelaki berkenaan sepatutnya lebih peka terhadap perasaan isteri.

"Engkau pun, tak susah mana nak faham bro. Bayangkan ada bujang atau duda duduk belanja isteri kau makan setiap hari.

"Walaupun makan ramai-ramai tapi siap tanya menu, apa kita pula rasa? Kita ni tak boleh kawal orang lain tapi kita boleh kawal diri kita, ingat tu," komen sebahagian netizen.

Artikel Lain