suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kejayaan konsert Ogos dorong Butterfingers keluarkan ‘Merdeka 26‘ versi grunge

Butterfingers tampil kelainan dalam lagu Merdeka 26.

KEJAYAAN dan sambutan baik peminat terhadap penganjuran konsert 1.2 Milligrams pada Ogos lalu memberi dorongan buat kumpulan Butterfingers merakamkan kembali lagu berjudul Merdeka yang pernah dimuatkan dalam album terdahulu mereka.

Menerusi olahan baharu, lagu Merdeka 26 menampilkan susunan muzik yang lebih rancak dan segar buat peminat mereka.

Bagi vokalisnya, Emmett, rakaman semula lagu itu juga menampilkan sisi berbeza serta memberikan emosi yang lebih besar buat pendengar.

Butterfingers dianggotai oleh Loko (kiri), Emmett, Loque dan Kadak. 

“Kami masih dibuai keterujaan selepas kejayaan konsert 1.2 Milligrams baru-baru ini dan masing-masing berada dalam suasana grunge.

"Jadi, daripada bunyian keroncong untuk versi asal, kami bawakan semula dengan bunyi yang lebih kasar, emosi yang masih meluap-luap serta tenaga yang lebih membara," ujarnya.

Turut berkongsi keterujaan, Loque yang bertindak sebagai pemain gitar memberitahu penganjuran konsert pada Ogos lalu membuatkan dia lebih mendalami muzik yang dimainkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Butterfingers rai 3 dekad dengan konsert ala 90an 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Enggan buka aib, Emmett Butterfingers jawab dakwaan culas nafkah

Dengan gabungan idea baharu, lagu ini juga diharapkan dapat memikat telinga lebih ramai pendengar, terutama golongan muda.

"Sejak konsert album 1.2 Milligrams pada Ogos lepas, saya makin jatuh cinta kembali dengan bunyi-bunyian gitar rosak dan kotor. Maka, dari situ juga, lahirlah Merdeka versi baharu ini,” ujarnya.

Butterfingers mahu kekal relevan di hati peminat. 

Lagu Merdeka versi asal merupakan sebahagian daripada karya dalam album Kembali yang dikeluarkan pada 2008.

Lagu tersebut juga menjadi antara karya yang dikenali ramai dalam perjalanan muzik Butterfingers.

Merdeka 26 mula berada di semua platform penstriman hari ini.

 

Artikel Lain