suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Butterfingers rai 3 dekad dengan konsert ala 90an

Butterfingers rai 30 tahun penubuhan pada 8 dan 9 Ogos depan.

KUMPULAN rock Butterfingers meraikan ulang tahun ke-30 penubuhan mereka dengan konsert Butterfingers 1.2 Milligrams 30 di Odeon KL Event Hall pada 8 dan 9 Ogos depan.

Menariknya, konsert itu bakal diadakan dalam dua sesi iaitu malam 8 Ogos dan siang 9 Ogos susulan sambutan menggalakkan daripada peminat.

Vokalisnya, Emmett Roslan Ishak berkata, persembahan itu membawa penonton mengimbau semula era 90-an menerusi lagu-lagu yang membentuk perjalanan awal kumpulan tersebut.

Butterfingers janjikan persembahan yang memuaskan hati peminat.

“30 tahun hanya datang sekali. Kami mahu dua showcase ini terasa seperti kembali ke era 90-an.

“Bukan kerana kami hidup dalam nostalgia, tetapi kerana di situlah semuanya bermula. Bunyi yang kuat dan lagu yang jujur. Orang ramai yang menyanyi bersama,” katanya.

Menurut Emmett, penganjuran dua sesi itu juga memberi peluang kepada lebih ramai peminat lama dan generasi baharu menikmati persembahan Butterfingers dalam suasana lebih intim.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Enggan buka aib, Emmett Butterfingers jawab dakwaan culas nafkah

ARTIKEL BERKAITAN: Butterfingers, Amir Jahari, The Lantis & FUGŌ janjikan persembahan luar biasa 24 Januari ini

Sepanjang konsert berkenaan, Butterfingers akan mempersembahkan keseluruhan lagu daripada album 1.2 Milligrams selain beberapa rakaman demo yang tidak pernah dimainkan secara langsung.

Sementara itu, pemain gitar, Loque atau Khairil Ridzwan Anuar berkata, pemilihan Odeon KL Event Hall bukan dibuat secara kebetulan.

Sebaliknya kata Loque, ia bagi menghidupkan semula pengalaman gig berskala kecil yang menjadi identiti Butterfingers sejak era awal penubuhan mereka.

Butterfingers mahu imbau kenangan bersama peminat.

Katanya, selepas menjayakan konsert berskala besar sebelum ini, kumpulan itu merindui suasana persembahan lebih dekat dengan peminat yang mampu mewujudkan hubungan lebih jujur antara kugiran dan penonton.

"Bagi Butterfingers, walaupun persembahan berskala besar mempunyai keistimewaannya tersendiri, hubungan paling bermakna antara pemuzik dan pendengar sering tercipta dalam ruang yang lebih dekat dan sederhana," kongsinya

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain