suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Ambil saja nyawa ini, tak mahu susahkan orang" - Kyoll Hamzah pernah berdoa akibat depresi

Kyoll pernah menjalani pembedahan mata akibat diabetes.

PENGARAH Kyoll Hamzah mendedahkan pengalaman mengalami depresi sebelum ini pernah membuatkan dirinya hilang pedoman sehingga berdoa agar Allah mengambil nyawanya kerana tidak mahu terus menyusahkan orang di sekeliling.

Kyoll atau Hairul Hamzah, 49, berkata keadaan kesihatannya yang merosot akibat komplikasi diabetes ketika itu memberi kesan besar terhadap emosi sehingga menyebabkan dia hilang harapan untuk meneruskan kehidupan.

"Sampai satu tahap saya pernah berdoa Allah ambil saja nyawa ini sebab tak mahu menyusahkan orang. Ketika itu memang saya tak nampak, sampai macam itu saya alami depresi.

"Tapi saya tetap meneruskan kehidupan kerana nyawa masih ada," katanya kepada mStar.

Kyoll sebelum ini berehat daripada industri kerana masalah kesihatan.

Dalam pada itu, Kyoll memberitahu masalah kesihatannya menjadi lebih serius pada pertengahan 2024 selepas filem sulung arahannya, Memoir Seorang Guru ditayangkan, sehingga penglihatan kedua-dua belah matanya hilang.

Lebih menyedihkan, dia tetap meneruskan tanggungjawab mengarahkan drama Cikgu Diva walaupun berada dalam keadaan hampir buta.

"Apabila saya jatuh sakit pada pertengahan 2024 selepas filem arahan saya ditayangkan, kesihatan saya semakin menurun.

ARTIKEL BERKAITAN: Hilang deria penglihatan, Kyoll sedia tinggalkan kerusi pengarah... Sedih ada pihak cuba tutup punca rezeki

ARTIKEL BERKAITAN: Filem ‘Memoir Seorang Guru’ jentik hati penonton, angkat pengorbanan pendidik di kawasan pendalaman

"Sampai satu tahap kedua-dua belah mata saya tidak boleh melihat. Paling mencabar saya mengarahkan drama Cikgu Diva dalam keadaan buta.

"Saya masih mengarah dalam keadaan tak nampak tapi lama kelamaan saya rasa seperti menyusahkan produksi dan hanya melaksanakan kerja itu separuh jalan saja. Itulah saat paling sedih dalam hidup terpaksa melepaskan kerjaya," ujarnya. 

Bagaimanapun, Kyoll kembali bangkit selepas dua tahun berehat dan terkini, dia diberikan kepercayaan untuk mengarahkan drama terbaharu berjudul Sepenuh Hati Rindu untuk TV3. 

Katanya, peluang itu sekali gus umpama satu kelahiran semula bagi kariernya.

"Syukur Alhamdulillah ingatkan industri sudah lupakan saya. Bila penerbit tawar untuk drama terbaharu ini, nama saya pun lulus oleh stesen televisyen berkenaan. 

"Kalau tanya perasaan memang terujalah, rasa macam kelahiran semula. Begitu lama saya berehat. Daripada buta gelap gelita, sampailah kedua-dua belah mata saya dah nampak. Syukur atas peluang yang Allah beri ini. 

Kyoll bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk mengarah drama.

"Di atas keperitan yang saya lalui selama ini, rasa macam dipinggirkan, kehilangan dan dilupai orang industri. Saat nama kita di puncak (berjaya) semua ada di sisi, tapi bila sakit hanya ada beberapa orang saja bersama dengan kita," katanya.

Drama bersiri 20 episod yang dibarisi antaranya Shahz Jaszle, Farah Nabila, Syafie Naswip dan Raja Azmi itu sedang menjalani penggambaran di Kuantan dan Pekan, Pahang.

Sebelum ini, Kyoll mendedahkan ada pihak cuba memanipulasi kekurangan dirinya yang berdepan masalah penglihatan sebagai alasan untuk menutup periuk nasinya.

Pengarah itu memaklumkan gangguan penglihatan berkenaan berpunca daripada penyakit diabetes yang dihidapi sejak beberapa tahun lalu.

Kyoll bagaimanapun sudah menjalani pembedahan pada bahagian mata sebelah kiri pada awal November tahun 2024 selepas penglihatannya bertukar gelap sepenuhnya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain