PENONTON yang akan memeriahkan malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 15 Ogos depan diingatkan supaya mematuhi etika dan garis panduan pemakaian yang ditetapkan penganjur.Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Media Prima Television Networks (MPTN) dan Primeworks Studios, Nini Yusof berkata, pihaknya tidak menghalang penonton untuk tampil bergaya mengikut kreativiti masing-masing, namun berharap semua yang hadir menghormati atur cara majlis dan etika pemakaian mengikut jantina. "Semuanya bergantung kepada kreativiti bagaimana penonton nak 'melaram' datang tengok AJL. Cuma kami mengharapkan para pembeli tiket dapat menghormati atucara dan etika pemakaian mengikut jantina. Nini (tengah) mengingatkan penonton untuk mengikut etika pakaian mengikut jantina."Sebenarnya pada tiket itu kami sudah meletakkan segala syarat, sila baca tiket anda. Kami juga akan buat pemantauan pakaian di pintu masuk," katanya kepada media. Nini berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media AJL40: The First Look yang diadakan di Hotel St. Regis, Kuala Lumpur pada Rabu.Mengangkat tema "Meraikan 4 Dekad: Evolusi dan Masa Depan Muzik Malaysia", AJL40 membawa mesej "Love Your Legacy, Elevate Your Future" sebagai simbol komitmen program berkenaan dalam meraikan evolusi muzik tempatan.Acara berprestij itu juga mensasarkan untuk membuka ruang dan platform kepada bakat generasi baharu terus mencorakkan masa depan industri muzik.ARTIKEL BERKAITAN: Sissy Imann, Naz Rahman kekal hos, AJL40 iktiraf Hael Husaini dan Faizal TahirARTIKEL BERKAITAN: Kod pakaian dah ditetapkan belakang tiket AJL39… Tetamu lelaki berangan nak jadi perempuan saja langgar syaratSementara itu, gandingan Naz Rahman dan Sissy Imann sekali lagi diberi kepercayaan sebagai hos selepas menerima maklum balas positif pada edisi lalu.Segmen karpet merah pula bakal dikendalikan oleh Fizi Ali bersama Fiza Frizzy.10 lagu bakal bersaing di pentas AJL40 termasuk Kamu (Aina Abdul), Cak Cak Cekuk (Wanie Kyrie), Tak Adil (Aisha Retno), Tangisan Seorang Pendosa (Marsha Milan) dan Lumangad Oku Dika (Ryenald Guntabid). Turut bersaing ialah Tiwikarma (K.O.I), Nurcinta (Amir Masdi), Lemah (Dayang Nurfaizah), Semacam Pandora (Hazama) dan Ke Mana Ni (Luca Sickta, Kmy Kmo & Salam Muzik). Barisan finalis yang bersaing di pentas AJL40. Malam kemuncak AJL40 bakal bersiaran langsung menerusi saluran TV3 dari Unifi Arena, Bukit Jalil pada 15 Ogos ini, pukul 9 malam. Untuk rekod, AJL39 tahun lalu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen susulan kehadiran beberapa individu lelaki yang berpakaian menyerupai wanita ketika acara karpet merah.Isu itu mengundang kritikan kepada pihak penganjur dan menjadi perdebatan di media sosial sehingga menarik perhatian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengeluarkan kenyataan perkara berkenaan menimbulkan keresahan dan menyentuh sensitiviti agama Islam dan budaya di negara ini.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!