suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“No dadah!” - Salina Saibi beri amaran jaga nama baik Gerak Khas

Salina tidak mahu nama baik drama Gerak Khas 2.0 terjejas.

PELAKON Salina Saibi sempat berkongsi nasihat kepada pasukan produksi drama Gerak Khas 2.0 agar tidak melibatkan diri dalam sebarang masalah yang boleh mencemarkan nama baik mereka.

Menerusi satu hantaran video, Salina, 44, mengingatkan tentang beberapa perkara yang perlu dielakkan sepanjang mereka menjalani penggambaran drama tersebut.

"Sebagai artis kita kena jaga tingkah laku. Ramai mata yang memandang dan mencari salah kita. Pertama, tidak boleh pergi disko. Dalam tempoh lima bulan ini orang akan cari kesilapan. Gerak Khas ini ramai yang dengki dengan kita.

Salina berkongsi nasihat bersama pasukan produksi. 

"Kedua, tak boleh minum di set (lokasi penggambaran). No dadah! Jangan buat kes polis," katanya.

Dalam video berkenaan, kelihatan Salina menyampaikan kata-kata tersebut, dipercayai sebelum mereka memulakan penggambaran drama Gerak Khas 2.0.

Turut berada di meja ketika itu ialah beberapa orang pelakon, kru produksi serta penerbitnya, Datuk Yusof Haslam.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak payah merayu, sudah terlambat” - Yusof Haslam gugurkan Inspektor Gerak Khas 2.0 terlibat dadah 

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon wanita Gerak Khas 2.0 ditahan polis positif dadah

Tambahnya yang membawa watak Asisten Superintenden (ASP) Salina, kesilapan yang dilakukan oleh seorang individu boleh menjejaskan drama yang mengangkat tema kepolisan itu.

"Jangan sebab awak kita hancur. Sebab kita bawa nama Gerak Khas, orang ramai memantau.

"Ketepatan masa sangat kita jaga. Kita tak mahu lambat, kena tepati masa," tegasnya.

Salina bersama dua lagi pelakon Gerak Khas 2.0, Erra Fazira (tengah) dan Tisha Shamsir. 

Terdahulu, kekecohan tercetus selepas media melaporkan seorang pelakon wanita drama tersebut ditahan pihak berkuasa kerana disyaki positif dadah jenis methamphetamine.

Pelakon berkenaan ditahan bersama 17 individu lain di sebuah pusat hiburan.

Sementara itu, dalam satu temu bual bersama media, Salina menegaskan pelakon yang ditahan itu bukanlah dirinya seperti didakwa segelintir pihak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain