suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelakon wanita ditahan positif dadah

Pelakon berkenaan ditahan bersama 17 individu lain.

SEORANG pelakon wanita ditahan pihak polis selepas disyaki positif dadah jenis methamphetamine. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam mengesahkan penahanan tersebut dan memberitahu kes masih dalam siasatan. 

"Saya sahkan (penahanan) dan masih dalam siasatan," katanya.  

ARTIKEL BERKAITAN: Ujian air kencing positif, polis sahkan pelakon popular ditahan kes dadah 

ARTIKEL BERKAITAN: Niat nak bersiar-siar di Jepun, pelakon ditahan polis kerana seludup dadah! 

Difahamkan pelakon tersebut ditahan di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur dalam sebuah serbuan. 

Menurut laporan pelakon berkenaan ditahan bersama 17 individu lain ketika serbuan dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Pelakon wanita itu dikatakan sebelum ini pernah tampil membintangi drama kepolisan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain