suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Awi Rafael bakal nikah gadis Kelantan tahun depan

Awi kongsi khabar gembira kini menjadi tunangan orang.

LAMA tidak mendengar khabar, dalam diam penyanyi Awi Rafael rupanya sudah bertunang dengan wanita pilihannya sejak dua tahun lalu.

Lebih selesa tidak terlalu mendedahkan kisah peribadi, Awi atau Muhammad Nabawi Erwan Gunawan Rafael, 40, memberitahu perkenalannya dengan wanita berasal dari Kelantan itu bermula kira-kira lima tahun lalu.

"Ini semua percaturan Allah. Memang sekarang saya selalu berulang-alik antara Malaysia dan Singapura untuk berjumpa tunang dan keluarganya.

Awi rancang nikah tahun hadapan. 

"Belum tiba masanya untuk saya terlalu berkongsi. Lagipun tiada yang bertanya. Jika ada yang tanya, saya akan jawab apa yang perlu. Cukuplah keluarga dan teman-teman rapat tahu," katanya ketika dihubungi mStar.

Tambah penyanyi kelahiran Singapura itu, kesabaran wanita berkenaan menjadi penguat hubungan mereka dan membuatkan dia yakin dengan pilihannya.

Mereka merancang untuk bernikah pada tahun hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil lagu kerohanian dalam versi muzik moden, Awi Rafael beri nafas baharu ‘Hanya Tuhan Yang Tahu’ 

ARTIKEL BERKAITAN: “Bayangkan keadaan keluarga dan bil yang perlu dibayar?”- Awi Rafael sebak keadaan pesakit kanser tulang

"Sepanjang tempoh lima tahun kebelakangan ini, saya memang banyak meluangkan masa di Singapura kerana menjaga arwah ibu.

"Saya melihat kesabarannya dan bagaimana hubungannya dengan ahli keluarga. Mereka sangat rapat dan itu antara perkara yang membuatkan saya tertarik. Semuanya terjadi secara semula jadi tanpa perlu dihebohkan.

"Seronok juga dapat berkenalan dengan gadis Kelantan. Saya dapat belajar banyak perkara baharu. Makanan di Kelantan pun banyak yang sedap," kongsinya.

Cukuplah keluarga dan teman-teman rapat tahu

AWI RAFAEL 

PENYANYI 

Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan kerjaya seni, Awi bakal tampil dengan sebuah album baharu yang turut memuatkan dua lagu popularnya, Pulanglah dan Bila Aku Jatuh Cinta dalam versi berbeza.

Kata Awi, dia juga bersedia untuk kembali aktif dalam dunia seni dan merancang berpindah semula ke Kuala Lumpur selepas hampir lima tahun menyepi.

"Sebelum ini kerjaya (nyanyian) memang perlahan kerana saya memberi tumpuan kepada perniagaan menguruskan sekolah muzik di Singapura.

Awi aktif membuat kandungan media sosial berkongsi ilmu muzik. 

"Selepas ibu meninggal dunia tahun lalu, saya merasakan kehidupan kembali stabil dan saya kini bersedia untuk kembali aktif dalam dunia seni.

"Saya boleh katakan ini adalah kemunculan semula Awi Rafael dengan jenama yang baharu," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain