PELAKON Yusuf Bahrin menjelaskan bahawa dia masih belum mempunyai sebarang perancangan untuk kembali mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat selepas bergelar duda.Menurut Yusuf, 34, fokus utamanya ketika ini adalah memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kerjaya seni selain mahu menstabilkan kedudukan kewangannya terlebih dahulu. “Tidak ada, tidak ada nak rancang ke arah itu (kahwin) lagi. Tapi, doa-doakanlah yang terbaik buat saya.Yusuf tidak terdesak mencari pengganti baru. "Sebab saya sekarang ini sedang sibukkan diri dengan kerjaya, mahu stabilkan pendapatan apa semua. Jadi, saya mahu fokus kepada satu benda sahaja dulu,” katanya kepada mStar.Bagaimanapun, Yusuf menegaskan dia tidak pernah menutup pintu hatinya untuk kembali memegang status sebagai seorang suami, namun menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan takdir pada waktu yang tepat.Yusuf berkata, buat masa ini dia lebih selesa memberikan masa dan ruang untuk menguruskan kehidupan peribadinya sendiri tanpa memikirkan soal mencari pengganti.“Nanti kemudian itu, kalau Allah nak bagi, saya terima. Saya tidak cakap saya tak nak, tapi saya tunggu masa yang sesuai.ARTIKEL BERKAITAN: Ditegur sering ‘belanja’ badan... Yusuf Bahrin kata bukan benda baharu, tiada beza sebelum ceraiARTIKEL BERKAITAN: Perceraian ajar Zizi Kirana erti melepaskan"Bila sudah okey, baru saya mencari, tetapi bukan sekarang. Sekarang ini saya hanya mahu fikir soal diri sendiri sahaja," jelasnya.Ditanya sama ada kegagalan perkahwinan lalu mencetuskan rasa takut untuk bercinta semula, aktor itu menepis tanggapan tersebut dan menyatakan dia berada dalam keadaan yang baik.Malah, Yusuf secara berseloroh menyifatkan status dirinya kini sebagai solo, namun belum bersedia untuk didekati oleh mana-mana wanita.Yusuf dan Zizi sah bercerai pada 2 April lalu. “Eh tidak, tidak ada fobia atau trauma. Cuma sekarang ini saya mahu stabilkan karier sahaja. Itu yang paling penting."Status sekarang solo tapi tidak bersedia," ujarnya. Untuk rekod, Yusuf sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Zizi Kirana pada 19 September 2021.Bagaimanapun hubungan tersebut terlerai apabila kedua-dua mereka bersetuju untuk bercerai pada 2 April lalu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!