suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perceraian ajar Zizi Kirana erti melepaskan

Zizi tidak pernah menyesali perkahwinannya bersama Yusuf.

PENYANYI Zizi Kirana mendedahkan dia tidak pernah sama sekali menyesali fasa perkahwinannya bersama Yusuf Bahrin meskipun rumah tangga yang dibina hanya bertahan selama hampir lima tahun.

Bagi Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 41, dugaan itu dianggap sebagai satu ujian daripada Allah untuk mengajar dirinya erti keikhlasan dalam melepaskan sesuatu yang disayangi.

Malah jelasnya, perkara itu membuatkan dia sedar bahawa tiada satu pun perkara di dunia ini menjadi hak milik mutlak manusia selama-lamanya.

"Saya tidak menyesali (perkahwinan) sebab saya rasa itu adalah ujian yang Allah bagi kepada saya untuk melepaskan sesuatu yang kita sayang.

Zizi berkongsi perkara itu dalam Podcast Confession Bilik Gelap.

"Itu juga mengajar saya sebenarnya benda dekat dunia ini bukan milik kita pun. Masa itu saya fikir, benda yang paling kau sayang, ini yang Allah akan uji sebenarnya. Jadi, bila Allah uji itu, saya kena belajar untuk melepaskan.

"Itu sahaja dalam fikiran saya ketika itu. Ini semua bukan saya punya, semua Allah punya dan tiada yang kekal," katanya.

Zizi berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu jemputan dalam Podcast Confession Bilik Gelap.

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah” - Zizi Kirana

ARTIKEL BERKAITAN: Yusuf Bahrin, Zizi Kirana sah cerai talak satu

Kongsi Zizi, sebelum melalui proses perceraian, dia mengambil masa selama lebih setahun untuk memikirkan dan mempersiapkan diri ke arah perkara itu.

"Sebenarnya setahun lebih untuk saya ambil masa dan macam-macam rujukan saya cari. Saya jumpa orang berilmu dan berpengalaman. Melalui perbincangan terakhir, pihak di sana pun cakap begitu (bersetuju).

"Kesusahan yang saya alami sebelum ini, Allah dah bagi jawapan. Cuma saya sahaja yang sebelum ini belum terbuka hati dan menidakkan perkara itu," jelasnya.

Zizi dan Yusuf sah bercerai pada 2 April lalu. 

Tambah Zizi, pintu hatinya terbuka untuk menerima takdir itu dengan lapang dada selepas dia melibatkan diri dalam sebuah misi kemanusiaan.

Melihat penderitaan dan kesusahan hidup orang lain membuatkan dia tersedar bahawa ujian yang sedang dihadapinya ketika itu masih kecil berbanding dengan insan lain.

"Bila Allah hantar saya ke misi kemanusiaan, di situ saya banyak berfikir. Tengok kehidupan orang lain, rupanya ada yang lagi susah daripada saya.

"Kita kena reda dengan takdir itu. Apapun yang Allah bagi, itu yang terbaik. Kita kena yakin ada Allah dalam hidup kita," ujarnya.

Untuk rekod, Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 dan sah bercerai pada 2 April lalu. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Sebelum

Artikel Lain