suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yazmin Aziz buat persembahan khas di Mongolia

Yazmin semakin rancak mencipta nama.

PENYANYI Yazmin Aziz terus melakar pencapaian di peringkat antarabangsa apabila diundang untuk membuat persembahan sempena ARA Fest 2026 di Mongolia yang dijadualkan berlangsung sepanjang Julai.

Lebih membanggakan, undangan itu datang daripada penyanyi berasal dari negara berkenaan, iaitu Bayartsengel, yang meluahkan hasrat untuk berkongsi pentas bersama Yazmin.

Menerusi satu kenyataan, idea tersebut tercetus selepas Bayartsengel sendiri melihat Yazmin menyampaikan lagu berjudul Chigi Tigi Boom ketika mewakili Malaysia dalam pertandingan nyanyian antarabangsa Silk Way Star di Kazakhstan tahun lalu.

Yazmin terus kembangkan kerjaya di peringkat antarabangsa. 

Bagi Yazmin, peluang itu merupakan satu lagi langkah penting dalam perjalanan kerjayanya yang kini semakin berkembang melangkaui sempadan Malaysia.

ARA Fest 2026 merupakan salah satu festival kebudayaan terbesar di Mongolia yang menggabungkan pelbagai elemen termasuk konsert muzik, seni tradisional, pameran seni kontemporari, hiburan keluarga, pelancongan dan pertukaran budaya antarabangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Yazmin Aziz dan teman lelaki selamba bercium di khalayak ramai... “Dia Islam kan?” 

ARTIKEL BERKAITAN: Yazmin Aziz sudah selidik ‘background’ kekasih

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Yazmin juga mencuri tumpuan apabila berjaya mara ke peringkat akhir program Singer Malaysia, yang merupakan salah satu pertandingan nyanyian berbahasa Mandarin terbesar di negara itu.

Sepanjang pertandingan, persembahannya menerima pujian daripada penonton dan para juri, sekali gus membuktikan bukan sahaja kehebatan vokalnya, malah kesungguhannya untuk meneroka pengalaman muzik dan budaya baharu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berikut

Artikel Lain