PENYANYI dan guru vokal Adzrin Adzhar selamat menjalani pembedahan membuang sel kanser yang dihidapinya.Menurut Adzrin, 41, pembedahan tersebut bagaimanapun hanya dapat membuang sebahagian tumor pada perut bagi mengelakkan risiko terhadap dirinya. "Sepatutnya saya menjalani rawatan microwave tumor ablation (MWA) yang bertujuan memusnahkan sel kanser secara setempat.Adzrin berkongsi perjalanan dia menjalani rawatan. "Namun ketika prosedur tersebut, doktor hanya dapat mengeluarkan sebahagian sahaja. Ketumbuhan lain tidak dapat dikeluarkan kerana sudah melekat kuat pada bahagian badan lain."Dalam bahasa mudah, ada komplikasi dan risikonya sangat tinggi kepada saya," katanya kepada mStar.Adzrin sebelum itu turut berkongsi video perjalanannya dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada 28 Jun lalu sebelum menjalani pembedahan sehari kemudian.ARTIKEL BERKAITAN: Sel kanser kembali aktif, Adzrin Azhar tak mahu tunjuk lemah... “Dah merebak ke hati, payudara dan ovari” ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat masuk GV terhalang, Tok Ram 'reject' Adzrin AdzharKetika dihubungi, dia juga tidak dapat berbual panjang kerana masih dalam fasa pemulihan dan kini berehat di rumah.Menurut Adzrin, dia perlu terus mengambil ubat sebagai rawatan terhadap penyakitnya."Syukur selesai prosedur itu. Saya tak rasa ia buang masa. Selagi ada solusi, saya akan cuba.Adzrin tidak patah semangat melawan penyakit kanser."Sekarang ini masih dalam tempoh pemulihan. Saya perlu kuat melawan penyakit ini," jelasnya.Dalam temu bual bersama mStar sebelum ini, Adzrin mendedahkan sel kanser kembali menyerang dan merebak ke bahagian hati, payudara serta ovari.Dia pertama kali disahkan menghidap kanser ovari pada 2015 dan selamat menjalani pembedahan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!