suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hasrat masuk GV terhalang, Tok Ram 'reject' Adzrin Adzhar

Adzrin teringin untuk menyertai GV.

PENYANYI dan guru vokal Adzrin Adzhar menyimpan hasrat untuk menjadi peserta Gegar Vaganza (GV) memandangkan dia seorang yang amat meminati sebarang bentuk pertandingan.

Bagi Adzrin atau nama sebenarnya Noradzrin Adzhar, 41, jiwanya sebagai seorang anak seni sentiasa berkeinginan untuk terus bertanding dan mencabar keupayaan vokal sendiri di hadapan penonton.

"Ya, mestilah saya nak masuk sebab saya suka masuk pertandingan," katanya kepada mStar.

Adzrin sukar mencabar kemampuan dirinya sebagai seorang penyanyi. 

Bagaimanapun, impian tersebut terbantut apabila ia dihalang oleh juri tetap program berkenaan iaitu Datuk Ramli MS.

"Saya pernah tanya Tok Ram untuk masuk dalam GV, dia cakap tak ada siapa nak tengok saya.

"Saya terima hakikat itu dan saya sedar diri. Bagi saya itu memang logik sebab di akhirnya, ini semua adalah bisnes," ujarnya.

Meskipun hasratnya untuk bertanding dipandang sepi, Adzrin berkata dia langsung tidak berkecil hati dengan kenyataan jujur daripada Tok Ram itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Alami jangkitan kuman pada tumor, Adzrin Adzhar tak fikir sambut raya... “Saya hanya mahu sihat saja”

ARTIKEL BERKAITAN: Sel kanser kembali aktif, Adzrin Azhar tak mahu tunjuk lemah... “Dah merebak ke hati, payudara dan ovari”

"Terasa hati? Saya tidak terasa hati dengan kenyataan Tok Ram itu. Saya harus terima hakikat.

"Kita pun tahu industri ini bagaimana. Semestinya seseorang yang orang ramai mahu tengok. Tak apa, saya akan terus untuk menjadi guru vokal sahaja," ujarnya.

Adzrin bagaimanapun berkata, dia terbuka jika diberi tawaran untuk memasuki mana-mana pertandingan nyanyian realiti.

"Tapi saya tidak akan menyerah. Saya akan terbuka sekiranya ada apa-apa tawaran untuk bertanding," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

 

Artikel Lain