PENYANYI dan komposer Aisha Retno tidak menganggap dirinya tamak meskipun bakal menjayakan dua komitmen besar yang berlangsung dalam tempoh sama.Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, sebaliknya menyifatkan setiap peluang yang diterima adalah rezeki dan wajar dimanfaatkan selagi dia mampu memberikan komitmen terbaik. "Tak adalah (tamak). Bagi Aisha, rezeki ada di mana-mana. Selagi mampu, kita galas.Aisha sentiasa ada perancangan untuk setiap tawaran."Ini pun apa yang setiap anak seni idam-idamkan. Sibuk sebenarnya bagus, selagi mampu dan ada daya kesihatan mental serta fizikal yang baik, itu bukan definisi tamak," katanya kepada mStar.Aisha berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas selesai minggu pertama Big Stage X Rocketfuel yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada malam Ahad.Sebelum ini, timbul tanggapan segelintir pihak menganggap dirinya tamak apabila bakal terlibat dalam dua acara besar pada hari sama iaitu festival Latihan Pestapora 2026 dan Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) yang dijadual berlangsung pada Ogos depan.ARTIKEL BERKAITAN: Aisha Retno sedia dikritik jadi juri Big Stage X RocketfuelARTIKEL BERKAITAN: [V] Threads bukan platform toksik, Aisha Retno selesa jadi diri sendiri… Siap dapat gelaran ‘Ratu Kacip’Mengulas perkara itu, Aisha berpendapat seseorang hanya boleh dianggap tamak apabila cuba merampas peluang milik orang lain atau menerima tanggungjawab di luar kemampuan sendiri."Bagi Aisha, definisi tamak adalah apabila kita mencuri atau mencaras kerja orang lain. Itu definisi tamak."Dan tamak juga apabila kita tak mampu buat tapi nak juga buat," ujarnya.Aisha sentiasa fokus kepada persembahan yang memuaskan hati peminat.Dalam pada itu, Aisha menyerahkan kepada orang ramai untuk membuat penilaian sendiri, namun menegaskan fokus utamanya adalah memberikan persembahan terbaik dalam setiap komitmen yang dipikul."Kalau orang nak kata Aisha tamak, biarlah. Hujung-hujung kita juga yang buat kerja itu di atas pentas."Biarlah orang nak cakap apa, yang penting kita teruskan seperti yang dirancang," luahnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!