suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ridani Ghani meninggal dunia selepas anak selesai solat Subuh

Radani sah meninggal dunia pada Isnin.

SETAHUN menderitai kanser ovari, pelakon Ridani Ghani, 52, disahkan meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor pada Isnin.

Pelakon popular era 1990-an itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 7 pagi tadi.

Berita sedih itu dikongsikan oleh teman rapatnya, Yaya Maembong menerusi hantarannya di Instagram.

"Assalamualaikum, saya baru menerima berita Ridani sudah meninggal dunia kira-kira pukul 7 pagi tadi.

Radani menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang. 

"Jenazah akan dibawa ke Masjid Bukit Damansara untuk diuruskan," katanya.

Menurut laporan media, Ridani dikatakan meninggal dunia semasa anak keduanya, Muhammad Faiq selesai menunaikan solat Subuh.

"Pagi tadi selepas Subuh, sekitar jam 7 pagi, adik telefon saya memaklumkan keadaan mommy (ibu).

"Memang setiap hari sekitar jam 6 pagi mereka akan tukar lampin pakai buang.

"Selepas itu, lebih kurang jam 6.30 pagi, mommy tidur semula sekejap dan adik menunaikan solat Subuh. Sebelum dia solat, mommy masih bernafas seperti biasa.

"Tetapi sebaik selesai memberi salam, dia berpaling dan mommy sudah tidak bernafas," kata anak sulung Ridani, Muhammad Faris. 

ARTIKEL BERKAITAN: Juara All Together Now Malaysia, Idris Brown meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Yana Samsudin meninggal dunia... "Hilang seorang lelaki paling saya sayang"

Allahyarham dimandikan dan disolatkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara.

Ridani kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Zohor.

Untuk rekod, Allahyarham disahkan menghidap kanser ovari pada Oktober tahun lalu.

Pada Sabtu, Ridani dimasukkan ke Hospital Selayang selepas keadaan kesihatannya dilaporkan semakin merosot.

Sebaik selesai memberi salam, dia berpaling dan mommy sudah tidak bernafas.

MUHAMMAD FARIS

ANAK RIDANI

Difahamkan, Allahyarham berada dalam keadaan sangat kritikal dan menerima rawatan rapi.

Ridani meninggalkan dua cahaya mata, iaitu Muhammad Faris Syamir Jaafar, 35, dan Muhammad Faiq Faisal Jaafar, 33.

Pada Ahad, anak sulung Allahyarham, Muhammad Faris memaklumkan ibunya ditempatkan di Wad Penjagaan Paliatif Hospital Selayang selepas keadaan kesihatannya semakin membimbangkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain