suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa Yana Samsudin meninggal dunia... "Hilang seorang lelaki paling saya sayang"

Yana berkongsi berita duka mengenai pemergian bapanya itu pada Sabtu.

PELAKON dan pengacara Yana Samsudin berkongsi berita duka pemergian bapa tercinta iaitu Samsudin Jamuri yang meninggal dunia pada petang Sabtu.

Menurut Yana, 42, arwah sebelum ini menerima rawatan selepas rebah ketika sedang berzikir sejurus selesai menunaikan solat pada Khamis lalu. 

"Dengan penuh dukacita Yana Samsudin, memaklumkan bahawa abah saya, Haji Samsudin Jamuri, telah kembali ke rahmatullah pada pukul 1.50 petang, Sabtu, 27 Jun 2026, bersamaan 11 Muharram 1448H.

"Arwah telah rebah selepas menunaikan solat Maghrib ketika sedang berzikir sebelum sempat mengakhiri doa pada hari Khamis.

“Dan selepas menerima rawatan, Allah SWT akhirnya menjemput beliau pulang ke sisi-Nya pada hari ini," katanya.

Bapa Yana rebah ketika sedang berzikir sejurus selesai menunaikan solat pada Khamis.

Sebagai anak, Yana berkata dia tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih kehilangan seorang figura bapa yang sangat disayangi.

"Abah, terima kasih kerana menjadi ayah yang terbaik buat kami. Hari ini, dunia saya kehilangan seorang lelaki yang paling saya sayang. 

“Susuk tubuh lelaki paling awal yang paling saya sayang telah pergi selamanya. Semoga kita dipertemukan kembali di syurga, insyaAllah," luahnya.

Dalam pada itu, Yana memaklumkan urusan pengebumian jenazah bapanya akan dilakukan di Yong Peng, Johor pada malam Sabtu.

"Solat jenazah akan dilaksanakan di Masjid Jamek Yong Peng, Johor selepas solat Isyak.

"Seterusnya, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Yong Peng (bersebelahan Lebuhraya PLUS) selepas solat Isyak. Mohon sedekahkan Al-Fatihah dan doa buat arwah," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain