PENYANYI dan pelakon Alvin Chong kembali dengan karya terbaharu berjudul Syarat Cinta, sekali gus menjadi buah tangan terbaharu buat peminat.Pelancaran lagu itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi netizen yang tertanya-tanya sama ada ia mempunyai kaitan dengan kisah peribadi penyanyi berusia 35 tahun itu. Menjelaskan perkara tersebut, Alvin yang kini mahu dikenali sebagai Alvn berkata, Syarat Cinta bukan diilhamkan daripada pengalaman cintanya sendiri, sebaliknya lahir daripada pemerhatiannya terhadap makna cinta yang berubah seiring pertambahan usia.Syarat Cinta bukan kisah hati Alvin."Semakin kita dewasa, kita sedar cinta bukan lagi tentang perkara yang besar atau rumit."Kadang-kadang syarat cinta itu cuma satu, memilih orang yang sama setiap hari dan terus kekal bersama hingga ke penghujung usia," katanya.Lagu ciptaan bersama penulis lirik MsOrangelisa itu turut membawa mesej bahawa cinta sejati tidak memerlukan terlalu banyak syarat atau tuntutan untuk terus kekal utuh.ARTIKEL BERKAITAN: Alvin Chong pilih diam, tapi pesan jangan cuba jolok ‘sarang tebuan’ARTIKEL BERKAITAN: Berwajah ‘jambu’, Alvin Chong usaha gelapkan kulit untuk nampak lebih jantanLebih bermakna, Syarat Cinta dipilih sebagai lagu tema rasmi (OST) drama Viu Original Ate Kome, I Love You! yang kini sudah mula menemui penonton.Pemilihan lagu tersebut dilihat bertepatan dengan jalan cerita drama berkenaan yang mengangkat tema kasih sayang, kekeluargaan dan pencarian makna cinta sebenar.Berkongsi mengenai muzik video lagu berkenaan, Alvin memberitahu mereka menjalani penggambaran di Kinokuniya Kuala Lumpur.Kumuculan Siti Khadijah serikan muzik video Alvin.Dia menganggap lokasi tersebut melengkapkan penceritaan visual mengenai budaya membaca, komunikasi yang ikhlas serta kepentingan meluangkan masa berkualiti bersama insan tersayang.Muzik video itu juga diserikan dengan pelakon Siti Khadijah Halim, yang juga merupakan teraju utama drama Ate Kome, I Love You!.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!