SERING berkongsi hantaran dan foto tidak berbaju di media sosial, pelakon Yusuf Bahrin menegaskan ia bukanlah perkara baharu mahupun sengaja dilakukan selepas dirinya memegang status duda.Menurut Yusuf, 34, dia sudah lama tampil berkongsi imej berkenaan sejak sebelum mendirikan rumah tangga lagi. "Kalau kalian kenal saya daripada mula, saya punya kandungan atau hantaran tak pakai baju, memang sebelum saya kahwin lagi. Tapi orang baru nampak balik saya buat hantaran begitu.Yusuf tayang badan bukan disebabkan penceraiannya."Biasalah ada yang terkejut atau buat-buat terkejut. Saya rasa benda itu bukan baru," katanya ketika ditemui mStar pada Sabtu.Menjawab dakwaan kononnya perubahan tersebut disebabkan perceraian, bekas suami kepada penyanyi Zizi Kirana itu menyangkal spekulasi berkenaan.Tegas Yusuf, dia masih orang sama ketika bergelar suami mahupun selepas ikatan perkahwinannya terlerai.ARTIKEL BERKAITAN: Yusuf Bahrin tak layan dakwaan kewujudan orang ketiga, cuma ingatkan dosa buat fitnah!ARTIKEL BERKAITAN: Yusuf Bahrin, Zizi Kirana sah cerai talak satu"Saya dah jumpa diri saya yang lama, tak ada sebab selepas atau sebelum bercerai buat begitu. Masa berkahwin masih status suami orang, saya begitu. Selepas pun sama, tiada perbezaan."Ini diri saya, macam saya cakap tak pernah tukar jadi sesiapa. Saya buat apa yang saya nak buat," jelasnya.Dalam masa sama, Yusuf mengambil pendekatan untuk tidak membaca komen di media sosialnya.Yusuf memilih untuk tidak membaca komen di media sosial.Malah, dia juga enggan mengambil peduli sekiranya ada pihak yang mahu terus menjatuhkan hukum terhadap kehidupannya."Saya tak baca komen, kalau komen kawan-kawan saja saya baca. Kalau nak baca komen semua yang seram memang tidak, biarlah mereka berborak. Kadang-kadang mereka bergaduh sesama mereka dalam itu (ruangan komen), biarlah."Tak peduli apa orang cakap atau nak menghakimi. Tak kisah atau ambil hati langsung. Kalau orang suka, suka, kalau tak, nak buat macam mana tidak boleh kawan," katanya.Untuk rekod, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 dan sah bercerai pada 2 April lalu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube