suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Norzizi cabar diri, gabung Mak Yong dan Shakespeare atas satu pentas idea luar biasa

Dari kiri: Vanidah, Norzizi dan Mhia membintangi pementasan Mak Yong Shakespeare: The Comedy Of Errors - An Adaptation.

GABUNGAN dua tradisi seni berbeza atas satu pentas bukan tugas mudah, namun itulah cabaran yang digalas pengarah teater, Profesor Madya Dr Norzizi Zulkifli menerusi pementasan Mak Yong Shakespeare: The Comedy Of Errors - An Adaptation yang bakal dipersembahkan di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur pada 25 Julai ini.

Menurut Norzizi, 50, antara cabaran terbesar adalah mengadaptasi naskhah klasik William Shakespeare tanpa menghilangkan identiti dan struktur persembahan tradisional Mak Yong yang menjadi tunjang produksi tersebut.

"Naskhah Shakespeare ada naratif, konflik dan dramanya, jadi bagaimana nak mengadunkan dalam adaptasi ini menjadi antara cabaran yang perlu saya hadapi.

Norzizi (tengah) ambil cabaran adaptasi Mak Yong dalam naskhah Speakspeare.

"Persembahan ini juga mempunyai karakter yang kuat seperi Pak Yong, saya harus menentukan di karakter mana dalam naskhah Shakespeare ini harus menjadi Pak Yong," katanya kepada mStar

Dalam pada itu, Norzizi memberitahu pemilihan The Comedy Of Errors dibuat kerana jalan ceritanya mempunyai persamaan yang memudahkan proses adaptasi ke dalam bentuk persembahan Mak Yong.

"Kenapa saya memilih The Comedy Of Errors kerana ia ada persamaan untuk diadaptasi dengan naskhah Mak Yong.

ARTIKEL BERKAITAN: Zizi Zulkifli nafi hilang dari industri

ARTIKEL BERKAITAN: Sabri Yunus perjuang maruah budaya Mak Yong dalam ‘Duan Nago Bogho’, singkap kehidupan masyarakat Kelantan

"Konsep memperlihatkan pertembungan dua budaya dalam satu persembahan yang segar. 

"Ia mengekalkan struktur asas persembahan Mak Yong yang kaya dengan element tarian, muzik, nyanyian dan improvasi dialog menggunakan jalan cerita karya Shakespeare,” ujarnya.

Diilhamkan daripada karya penulis Rom purba, Plautus yang ditulis sekitar tahun 1592 hingga 1594, The Comedy of Errors mengisahkan sebuah keluarga yang terpisah akibat ribut di laut.

Teater Mak Yong Shakespeare: The Comedy Of Errors - An Adaptation bakal dipentaskan pada 25 Julai ini.

Naskhah itu menggunakan konsep pasangan kembar seiras dan salah faham identiti yang mencetuskan pelbagai kekeliruan, sekali gus menyajikan unsur humor slapstik yang menghiburkan.

Mak Yong Shakespeare: The Comedy of Errors – An Adaptation dibintangi oleh Mhia Firdaus, Rosdeen Suboh, Asrulfaizal Kamaruzaman, Issey dan Ain Sufia. 

Pementasan ini turut menampilkan pelakon Vanidah Imran serta Norzizi sendiri sebagai penampilan khas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain