suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tahniah! Jazmy Juma kini bergelar suami, yakin peminat terus sokong meski sudah berkahwin

Jazmy kini sah bergelar suami kepada Farah Athirah.

PELAKON Jazmy Juma mengejutkan peminat apabila selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hati, Farah Athirah Rozman dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung pada pagi Sabtu.

Pasangan itu dinikahkan oleh Ustaz Haffizan Ibrahim berwakil walikan abang pengantin perempuan, Muhd Azmeer Rozman.

Dalam majlis yang diadakan di Dewan Seri Seroja Putrajaya, Jazmy menyerahkan mas kahwin sebanyak RM555, manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya. 

Jazmy (kanan) dan Farah Athirah (kiri) selamat bernikah pada pagi Sabtu.

Majlis pernikahan itu diadakan secara tertutup dengan hanya dihadiri keluarga terdekat dan teman rapat.

Mengulas mengenai keputusannya untuk berkahwin, Jazmy, 31, berkata dia bersyukur kerana dipertemukan jodoh dan kini bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tak tahan diganggu, Jazmy Juma beri amaran jangan campur urusan peribadi… “Saya bukan pemarah, tapi jangan melampau”

ARTIKEL BERKAITAN: Nama semakin popular, Jazmy Juma jawab dakwaan ‘feeling’ hero mula letak harga tinggi

“Selepas sekian lama, Alhamdulillah sekarang saya sudah diberi peluang dan diizinkan oleh Allah untuk menjadi seorang suami. 

“Kenapa kita nak kena takut peminat hilang? Saya tahu semua peminat saya akan sentiasa memberikan sokongan,” katanya kepada mStar.  

Dalam pada itu, Jazmy turut mendedahkan perkenalannya dengan isteri bermula di media sosial pada tahun 2020 sebelum hubungan mereka menjadi lebih serius.

“Kami berkenalan di media sosial, kami sering berbalas mesej jadi berkawanlah sampai sekarang,” ujarnya ringkas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain