suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Central Market kecoh 3 hari... Akim dan Stacy antara artis popular buat persembahan

Stacy dan Akim tampil menghiburkan peminat.

BERLANGSUNG selama tiga hari, penganjuran Festival Jom Malaysia x Pesta Kita Kuala Lumpur 2026 bukan sekadar menawarkan hiburan kepada pengunjung di Central Market, Kuala Lumpur.

Acara ini turut menggabungkan pelbagai pengisian lain seperti persembahan muzik, kebudayaan, jualan makanan serta produk tempatan.

Lebih menarik lagi, pengunjung dapat menyaksikan persembahan artis secara percuma sepanjang festival berlangsung.

Penganjur Pesta Kita memberitahu acara sebegini dijadikan sebagai platform untuk meraikan kreativiti, budaya dan komuniti, di samping membuka lebih banyak peluang kepada usahawan tempatan memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai.

Zaki (kiri) dan Dalia juga akan bertemu peminat. 

"Kami berharap festival ini dapat menjadi jambatan yang menghubungkan rakyat dengan produk serta jenama tempatan yang berkualiti.

"Pada masa sama, kami mahu memberikan impak positif kepada para usahawan dan vendor tempatan dengan membawa lebih ramai pengunjung untuk menyokong perniagaan mereka," jelas wakil penganjur.

Antara nama yang bakal menghiburkan pengunjung ialah Stacy, Akim, Najwa Latif, Dalia Farhana, Wani Ardy, 0108 Slatan, Zaki Yamani, Kucaimars, R.E.D. dan ramai lagi, menjadikan lebih 40 persembahan bakal berlangsung sepanjang festival tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan hiburan ‘kosong’, Festival Rain Rave jana pulangan hampir RM400 juta 

ARTIKEL BERKAITAN: Fasiliti lebih baik, penganjur Latihan Pestapora janji pengalaman luar biasa... Gabungan artis terkenal Malaysia dan Indonesia 

Selain persembahan artis, pengunjung juga boleh menyaksikan pelbagai persembahan kebudayaan seperti Wayang Kulit oleh ASWARA, Kompang Flashmob, Bhangra Beats, Rhythm of Caklempong serta Science Show daripada Petrosains yang sesuai dinikmati seisi keluarga.

Bukan itu sahaja, festival berkenaan turut menghimpunkan ratusan vendor tempatan yang menawarkan pelbagai produk makanan, minuman, fesyen dan gaya hidup.

Bertempat di Central Market, Kuala Lumpur, festival ini berlangsung dari 26 hingga 28 Jun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain