suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Shuib terkejut remaja lelaki berani jumpa minta ‘restu’ kenal Thalita... “Kalau nak ngurat anak pakcik boleh?”

PELAWAK dan usahawan Shuib mengakui kini lebih berwaspada dalam menjaga anak perempuannya iaitu Thalita, selepas menyedari penyanyi berusia 13 tahun itu mula mendapat perhatian ramai remaja lelaki yang menunjukkan minat terhadapnya.

Menurut Shuib atau Shahmira Muhamad, 42, dia sendiri pernah berdepan situasi mengejutkan apabila ada beberapa orang remaja lelaki secara terbuka menyatakan hasrat mahu mengenali Thalita dengan lebih rapat.

"Budak-budak sekarang memang berani. Mereka datang bergambar dengan saya, umur sekitar 12 atau 13 tahun.

Shuib kawal ketat pergerakkan Thalita.

"Lepas bergambar, dia cakap, 'Eh, anak pakcik cantik.' Saya macam, 'Kau nak apa ini?' Lepas itu dia tanya pula, 'Kalau saya nak ngurat anak pakcik boleh?' 

"Saya pun terkejut sebab sekarang mereka cakap terus terang," katanya kepada mStar.

Enggan anaknya itu terjebak dengan perkara tidak sepatutnya, Shuib menetapkan beberapa peraturan kepada Thalita antaranya mengehadkan penggunaan telefon bimbit setiap hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima tahun tak bertegur, Shuib dan Rahim akhirnya berdamai... Rindu jadi punca penamat sengketa

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Shuib dapat panggilan minta nombor ustaz, sedih lihat keadaan Amad belakang pentas... Tidak menolak berlaku gangguan mistik

Malah, Thalita juga dilarang menggunakan telefon bimbit secara bebas atau membawanya masuk ke dalam bilik.

"Thalita tak ada talian telefon dan dia tak boleh melayari internet sesuka hati. Di rumah pun dia tak dibenarkan bawa telefon masuk ke dalam bilik. Kalau nak guna telefon, hanya di ruang tamu.

"Biasalah budak lelaki tengok budak perempuan comel atau cantik, mereka sukalah. Tapi kita kena kawal, sebagai bapa itu saja yang saya boleh buat," ujarnya.

Shuib bahagia luangkan masa bersama Thalita setiap kali ada tawaran nyanyian.

Dalam pada itu, Shuib berkata dia tidak berhasrat menyediakan pengawal peribadi untuk Thalita buat masa ini kerana merasakan keadaan masih terkawal.

"Saya dah lalui zaman ada bodyguard. Buat masa sekarang belum perlulah.

"Kecualilah kalau satu hari nanti rezeki Thalita sampai dia jadi superstar dan perlu dijaga dari segi keselamatan, mungkin saya akan fikirkan.

"Tapi sekarang semuanya okey. Saya masih boleh bawa Thalita dan Matin pergi kerja atau buat persembahan di Sabah, Sarawak dan tempat lain tanpa sebarang masalah. Saya menikmati momen itu. Alhamdulillah," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain