suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sebak berpelukan selepas nikah, Bella Astillah bagi nasihat ‘deep’ untuk Didi sebagai isteri

Bella doakan Didi menjadi isteri terbaik.

BERKONGSI pesanan sebagai seorang kakak, penyanyi dan pelakon Bella Astillah berharap agar adiknya iaitu Didi terus bahagia menjalani kehidupan rumah tangga bersama suami tercinta.

Nasihat Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, seorang isteri harus banyak bersabar dan setiap pasangan perlu saling melengkapi antara satu sama lain.

"Perjalanannya tidak akan sentiasa mudah. Tapi percayalah, kita mencari pasangan bukan untuk menjadi sempurna.

Bella gembira melihat Didi kini bergelar isteri. 

"Insya-Allah kita mahukan pasangan yang boleh sama-sama membimbing kita hingga ke hari tua.

"Jadilah isteri yang sentiasa bersabar. Jangan marah-marah dan sentiasa sayang suami. Bersama-samalah ketika susah, senang dan sakit. Jadilah isteri yang baik," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Didi Astillah kenal suami di live IG, tangguh ‘honeymoon’ beri laluan urusan keluarga dahulu 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Didi Astillah sah bergelar isteri, selamat disatukan dengan pilihan hati

Bella sebelum itu hadir pada majlis pernikahan Didi atau Dayang Nazilah Awang Astillah, 30, dengan pasangan pilihannya, Diniey Ng atau Muhammad Nur Fiqrat Ismat Diniey, yang berlangsung di Cyberjaya pada pagi Jumaat.

Selepas sah bergelar isteri, reaksi dua beradik itu mencuri tumpuan tetamu apabila mereka dilihat saling berpelukan sambil mengalirkan air mata.

Didi sebak selepas sah menjadi isteri kepada Diniey. 

"Bella saya sudah anggap macam mak kedua. Bila melihat saya dah jadi isteri, mungkin dia sedih melepaskan adik bongsu yang keras kepala ini.

"Melihat ibu dan Bella menangis, saya pun tak boleh tahan. Sebab itu saya menangis sekali," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain