SESI siaran langsung di laman Instagram sekitar tahun 2020 menjadi detik permulaan hubungan antara penyanyi Didi Astillah dan suami iaitu Diniey Ng. Menurut Didi atau Dayang Nazilah Awang Astillah, 30, dia juga tidak menyangka perbualan secara spontan itu membawa mereka hingga ke jenjang pelamin. "Masa itu saya buat live di Instagram dan pilih seorang secara rawak untuk live bersama. Mulanya saya sangka dia perempuan sebab nama Diniey. Persahabatan di media sosial membawa kepada hubungan serius."Dari situ kami mula kenal, tetapi dia masih berada di Korea Selatan. Selepas tiga tahun dia balik Malaysia, kami berjumpa dan kemudian melangkah ke fasa serius," katanya kepada mStar.Didi dan Diniey atau nama sebenarnya Muhammad Nur Fiqrat Ismat Diniey selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Cyberjaya, Selangor pada pagi Jumaat. ARTIKEL BERKAITAN: Didi Astillah sah bergelar isteri, selamat disatukan dengan pilihan hatiARTIKEL BERKAITAN: Didi Astillah perjelas video prank, dirakam dalam ‘private room’... “Abang Saddiq okay je”Tambah Didi lagi, sikap yang dimiliki oleh Diniey membuatkan dia yakin lelaki itu adalah pilihan terbaik untuk dijadikan suami. "Usia saya juga bukanlah muda. Jadi rasanya memang dah sesuai nak berkahwin. "Baru menjadi isteri, saya akan belajar serba-sedikit untuk sesuaikan diri dengan status baru," jelasnya. Untuk honeymoon kami ada berbincang mahu beri laluan kepada urusan keluarga dahuluDIDI ASTILLAHPELAKONBercakap soal perancangan berkeluarga, Didi tidak menolak sekiranya dikurniakan cahaya mata pada bila-bila masa.Dalam pada itu, pasangan ini turut memberitahu mereka belum mempunyai perancangan untuk berbulan madu.Didi dan Diniey sudah sedia timang cahaya mata."Soal anak kita percaya pada rezeki. "Untuk honeymoon kami ada berbincang mahu beri laluan kepada urusan keluarga dahulu. Selepas itu baru kami bincang. Berbulan madu boleh tunda dulu,” jelasnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!