suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Didi Astillah perjelas video prank, dirakam dalam ‘private room’... “Abang Saddiq okay je”

Didi (dua dari kiri) menjelaskan situasi sebenar yang berlaku di acara sambutan hari lahir ibunya.

PENYANYI Didi Astillah tampil menjelaskan situasi sebenar susulan video 'prank' (gurauan) yang dilakukan keluarganya ketika sambutan hari lahir ibunya iaitu Siti Zarina Astillah menjadi tular di media sosial.

Menurut Didi atau Dayang Nazilah Awang Astillah, 30, video prank tersebut dilakukan dalam sebuah bilik persendirian yang ditempah khas tanpa penglibatan pelanggan lain.

Malah, adik kepada pelakon Bella Astillah ini turut memaklumkan video berkenaan dirakam untuk tontonan keluarga sahaja sehinggalah ada antara mereka berkongsi di media sosial tanpa pengetahuan.

"Apa pun maaf ya ada pihak yang tak selesa dan kurang senang. 

Video prank majlis hari lahir ibu Didi (dua dari kanan) tular di media sosial.

"Untuk pengetahuan semua, kami dah tempah tempat itu tertutup (private room) dan ada yang terkongsi video tanpa tanya dan mereka pun dah mohon maaf. 

"Jadi marilah kita semua move on dan jalani kehidupan kita," katanya. 

Dalam pada itu, Didi menjelaskan gurauan dan prank sesama ahli keluarganya telah menjadi kebiasaan, selain mencerminkan keakraban hubungan mereka.

Malah, dia meminta netizen berhenti mengaitkan ahli keluarganya termasuk bakal abang ipar iaitu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman susulan insiden berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sweet, Syed Saddiq puji Bella Astillah ibu luar biasa... Cerminan sikap sopan anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam berkuku palsu, Bella Astillah pakai atas tuntutan kerja... Kebetulan sedang uzur

"By the way, abang Saddiq okay saja. Janganlah kaitkan keluarga sebab setiap keluarga berbeza caranya

"Saya hormati dan faham semua orang ada pandangan masing-masing dan kepada yang tidak tahu ini bukanlah benda baru saya buat. 

"Mungkin pengikut saya yang dah lama follow mesti pernah nampak juga saya buat macam ni. Ada juga saya kongsi tetapi mungkin dulu kurang dapat perhatian sebab itu dipersoalkan," ujarnya. 

Sebelum ini, video sambutan hari lahir ibu mereka itu mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan netizen yang menyifatkan gurauan tersebut agak keterlaluan, lebih-lebih lagi Syed Saddiq merupakan seorang tokoh politik.

Menerusi video berkenaan, Syed Saddiq dilihat terkejut apabila Didi dilihat bertengkar dengan seorang pelayan sebelum situasi sebenar didedahkan sebagai satu gurauan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain