suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Afdlin Shauki hantar LOD kepada Chegubard, tuntut permohonan maaf

Afdlin menafikan terlibat dengan dakwaan rasuah.

PENGARAH dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki menghantar surat tuntutan atau letter of demand kepada aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard berhubung satu video yang didakwa mengandungi kenyataan berunsur fitnah yang telah dimuat naik di media sosial.

Menerusi kenyataan daripada firma guaman Thomas Philip Advocates & Solicitors yang mewakili Afdlin, pihaknya menegaskan bahawa dakwaan yang dibuat oleh Chegubard adalah tidak berasas serta menjejaskan reputasi anak guam mereka.

Malah, Afdlin menafikan sekeras-kerasnya semua tuduhan yang mengaitkannya dengan dakwaan rasuah serta ketidakjujuran semasa memegang jawatan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kenyataan daripada firma guaman Thomas Philip Advocates & Solicitors.

Kenyataan daripada firma guaman Thomas Philip Advocates & Solicitors.

“Penyataan berkenaan adalah tidak berasas sama sekali, telah diterbitkan tanpa sebarang asas serta tanpa memberi peluang kepada anak guam kami untuk memberikan maklum balas sebelum ia disebarkan,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, Chegubard dituntut supaya mengambil tindakan dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh surat tuntutan tersebut dikeluarkan, termasuk memadamkan video berkenaan serta semua salinannya daripada mana-mana platform media sosial di bawah kawalannya.

Chegubard juga diminta untuk mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka, penuh dan tanpa syarat yang perlu disiarkan secara jelas di akaun media sosialnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuduhan ‘sauk’ projek DBKL bernilai RM10 juta fitnah, Afdlin Shauki buat laporan polis

ARTIKEL BERKAITAN: Tanda terima kasih, Afdlin Shauki sampaikan jambangan bunga kepada Kedutaan Turkiye

Selain itu, Chegubard turut dikehendaki memberikan akujanji bertulis untuk tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan yang mempunyai kesan sama atau seumpamanya terhadap Afdlin pada masa akan datang.

Sekiranya Chegubard gagal mematuhi tuntutan berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan, tindakan undang-undang lanjut akan diambil tanpa sebarang notis tambahan. 

Untuk rekod, isu ini bermula pada Januari tahun lalu apabila Afdlin yang juga Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikaitkan dengan dakwaan salah laku berkaitan projek penerbitan kandungan yang tular di media sosial.

Chegubard kemudiannya menyebarkan video serta kenyataan berkaitan isu tersebut di media sosial yang mengulangi atau mengaitkan Afdlin dengan dakwaan berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain