suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kedai beg mewah milik Ariff Bahran dipecah masuk tiga perompak, kerugian dianggar RM92,000

Bahran kongsi rakaman CCTV.

PENYANYI Ariff Bahran sekali lagi berdepan ujian apabila kedai miliknya yang menjual beg berjenama mewah di Tamarind Square, Cyberjaya dirompak pada awal pagi Khamis.

Bahran atau Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, 28, berkata pihaknya sudah membuat laporan di Balai Polis Cyberjaya dan kini sedang mengenal pasti tiga individu dipercayai terlibat.

"Buat masa ini saya diuji dengan kehilangan 24 beg mewah yang dirompak dari kedai. Hancur hati isteri. Jumlah kerugian dianggarkan RM92,000.

Ariff kongsi keadaan kedainya yang dipecah masuk.

"Suspek tiga orang, dua lelaki dan seorang perempuan berbangsa India. Kami masih bekerjasama dengan pihak polis untuk siasat kes ini," katanya ketika dihubungi mStar.

Sebelum itu, Bahran turut berkongsi rakaman video di platform Threads yang memaparkan tiga individu dipercayai memecah masuk kedai miliknya.

Menurut Bahran, kejadian itu hanya disedari selepas staf mendapati premis berkenaan berada dalam keadaan berselerak serta kehilangan barang jualan.

ARTIKEL BERKAITAN: Duit RM425,000 lesap, Ariff Bahran kuat demi isteri dan tiga anak… “Tetap perjuangkan, dapat atau tidak belakang cerita”

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada khabar, Ariff Bahran masih menunggu bayaran RM425,000... Nilai bukan sedikit, boleh beli banglo

Tambah Bahran, suspek dipercayai memasuki premis melalui tingkap hingga tidak dapat dikesan oleh sistem keselamatan.

"CCTV ada memberi amaran pada pukul 6 pagi, tapi kami tak sempat periksa kerana menyangka ia hanya kucing lalu. Alarm juga tidak berbunyi kerana mereka masuk melalui tingkap.

"Bila staf masuk, kedai sudah bersepah dan banyak beg hilang. Tingkap belakang juga didapati dicungkil," jelasnya.

Dalam pada itu, Bahran memberi tempoh 24 jam kepada suspek untuk memulangkan semula barangan yang dicuri kerana mendakwa sudah mengenal pasti individu terbabit melalui gambar.

Kedai tersebut diusahakan Ariff bersama isterinya.

"Kepada perompak, saya beri 24 jam untuk pulangkan semula beg saya. Saya ada gambar suspek yang memakai baju hijau dan bertatu.

"Jika tidak dipulangkan, saya akan dedahkan siapa yang terlibat dan serahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Industri jual beli beg mewah ini kecil sahaja. Saya juga sudah maklumkan kepada beberapa pemilik kedai lain. Saya sangat kenal koleksi beg saya, begitu juga isteri saya," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain