suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amad Dayyan tulis ucapan menyentuh hati buat bapa, hargai pengorbanan sentiasa ada waktu sukar

Hubungan Amad dan bapanya sangat erat.

SEPERTI mahu berkongsi rasa kasih terhadap insan tersayang, penyanyi remaja Amad Dayyan menulis sebuah coretan khas yang didedikasikan buat bapanya iaitu Saiful Anuar.

Amad atau nama sebenarnya Ahmad Dayyan Saiful Anuar, 14, berkata bapanya itu merupakan individu yang sentiasa setia berada di sisi serta menjadi sumber kekuatan dalam apa jua keadaan yang dilaluinya.

"Babah, terima kasih kerana sentiasa ada di sisi saya, terutama ketika saya melalui waktu sukar dan saat hati ini dipenuhi kesedihan.

Amad luahkan rasa sayang pada bapanya.

"Walaupun kadang-kadang saya tidak mampu meluahkan apa yang saya rasa, babah tetap menjadi tempat saya mencari kekuatan," katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik di media sosial.

Video berkenaan turut dikongsi semula oleh Saiful menerusi satu hantaran di Threads.

Malah Saiful juga memuat naik foto yang memaparkan dia sedang baring sambil memeluk anaknya itu.

Dalam masa sama, Amad berkata dia tidak pernah melupakan segala kasih sayang yang dicurahkan bapanya sepanjang membesarkan dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut Amad pindah Kuantan, Umairah hilang tempat kongsi cerita… Tetap berhubung walau jauh

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Siti Saerah reda Amad Dayyan berpindah ke Kuantan, tak halang pilihan anak… “Saya sedih sampai tak boleh tidur”

Penyanyi ini juga berharap dapat membalas segala jasa bapanya suatu hari nanti.

"Pengorbanan, nasihat dan kasih sayang babah tidak pernah saya lupakan.

"Saya hanya berharap dapat membalas walau sedikit daripada segala yang babah berikan. Saya sayang babah, lebih daripada yang mampu saya ungkapkan," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain