suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cik B tak takut kawan ambil kesempatan, syukur jika kebaikan dihargai

Cik B sentiasa ikhlas dalam berkawan.

SIKAP pemurah yang sering ditunjukkan oleh anak usahawan terkenal Datuk Seri Vida iaitu Cik B mengundang kebimbangan ramai yang risau jika dia dipergunakan orang terdekat.

Menjawab persoalan tersebut, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 21, berkata dia tidak pernah berasa takut mengenai perkara itu.

"Ramai tanya Cik B takut tak orang gunakan Cik B. Tak!" tulisnya menerusi satu hantaran di Threads.

Cik B jelaskan niatnya dalam berkawan.

Menurut Cik B, dia sentiasa mengutamakan keikhlasan dalam berkawan dan tidak mengharapkan sebarang balasan atas setiap kebaikan yang dilakukan.

"Bila kita berkawan dengan ikhlas, kita akan ikhlaskan semuanya. Kalau dihargai, syukur. Kalau tidak pun tak mengapa," katanya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-rata memuji sikap baik dan pemurah dimiliki Cik B.

Malah, ada yang turut mengagumi didikan Vida dalam membentuk peribadi anaknya sehingga disenangi ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Cik B sedar suara tak sedap, tidak ambil hati komen netizen… “Saya dah terbiasa”

ARTIKEL BERKAITAN: Cik B jawab sindiran popular kerana Vida - “Kenapa kena kalau-kalau... boleh tukar mak ke?”

"Cik B orang yang baik, ikhlas kerana Allah, bukan untuk mendapatkan pengiktirafan manusia.

"Cik B hebat macam mamanya juga. Suka tengok sikap pemurah Cik B," antara komen netizen.

Sebelum ini, tindakan Cik B memberi kejutan kepada bekas peserta Talk To My Manager musim kedua (TTMM2), Viviana, menjadi perhatian ramai apabila menghadiahkan sebuah iPad sempena ulang tahun kelahiran rakannya itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain