suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kekangan masa punca Nadiya Nisaa tak ‘join’ Threads, ada sebab jarang kongsi tentang keluarga di media sosial

Nadiya tidak gemar berkongsi perkara peribadi di media sosial.

PELAKON Nadiya Nisaa menjelaskan ketiadaannya di aplikasi Threads bukan kerana menganggap platform itu toksik, sebaliknya disebabkan kekangan masa dan dirinya kurang aktif di media sosial.

Kata Nadiya atau Nadiyatul Nisaa Kamaruddin, 41, dia sendiri tidak begitu mengikuti perkembangan atau suasana semasa di Threads sehingga sukar untuk membuat penilaian sama ada platform itu lebih cenderung kepada persekitaran positif atau sebaliknya.

"Ketiadaan saya di aplikasi Threads sama sekali bukan kerana menganggap ruang tersebut sebagai sebuah platform yang toksik. 

“Malah, saya sendiri tidak begitu pasti tentang corak persekitaran semasa di sana, sama ada ia lebih ke arah positif mahupun negatif.

Nadiya bakal membintangi drama Bidadari Tanpa Syurga.

"Faktor utamanya hanyalah kekangan masa. Kalau diperhatikan, akaun Instagram dan TikTok saya pun amat jarang dikemas kini,” katanya kepada mStar

Nadiya berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa sidang media drama Bidadari Tanpa Syurga diadakan di Banglo 289, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, Nadiya turut mengakui faktor privasi keluarga menjadi antara sebab utama dia tidak gemar berkongsi kehidupan peribadi di media sosial, terutama melibatkan anak-anak.

Menurutnya, satu pengalaman yang berlaku di sebuah pasar raya memberi kesan mendalam apabila seorang individu secara tiba-tiba mendukung anak lelakinya tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah banyak kali tertunda, Nadiya Nisaa mahu berehat berlakon

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Threads bukan platform toksik, Aisha Retno selesa jadi diri sendiri… Siap dapat gelaran ‘Ratu Kacip’

“Sebenarnya ada satu kejadian seorang individu secara melulu mendukung anak lelaki saya di sebuah pasaraya. Ia berlaku secara tiba-tiba hingga saya tidak mampu berbuat apa-apa. Waktu saya sedang menolak barangan dapur.

“Walaupun dia sekadar berniat untuk beramah mesra tetapi perbuatan menyentuh anak saya tanpa kebenaran itu agak mengejutkan. 

“Mungkin itu antara faktor saya jarang berkongsi kehidupan harian terutama anak-anak. Suami saya pula seorang yang introvert, jadinya tiada keperluan untuk kami memuat naik gambar keluarga di media sosial,” ujarnya.

Mengulas mengenai kehadirannya di platform digital, Nadiya berkata dia bukan jenis selebriti yang sentiasa menghasilkan kandungan berkaitan kerjaya seni untuk dimuat naik setiap hari.

Nadiya memilih untuk menjaga privasi keluarga.

Dalam masa sama, aktres berkenaan percaya masih ramai penerbit yang memilih kualiti kerja berbanding kuantiti pengikut di media sosial bersandarkan tawaran lakonan yang diterimanya.

“Saya tidaklah seperti artis lain yang setiap hari memuat naik konten berkaitan hal karier seni. Boleh dikatakan perkongsian saya pun boleh dikira sebulan sekali saja.

“Ramai kawan baik ada menegur dan bergurau nak tunggu saya kongsi gambar di Instagram atau TikTok pun mungkin lagi lapan bulan.

“Apa pun semuanya berbalik kepada rezeki. Tak semestinya kena ada pengikut yang ramai. Tapi saya tiada masalah pun nak promosikan produk saya dalam media sosial, saya ikut saja apa yang dinyatakan dalam kontrak lakonan,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain