SELEPAS disahkan menghidap kanser tulang pada tahun lalu, pelakon Shahronizam berkongsi perkembangan terkini tahap kesihatannya yang semakin baik.Shahronizam, 54, memberitahu dia masih perlu menjalani rawatan susulan selepas melakukan pembedahan membuang ketumbuhan dan radioterapi. “Alhamdulillah, saya dah buang tumor dan buat radioterapi tetapi masih ada lagi rawatan yang perlu saya jalani mengikut jadual.Shahronizam disahkan menghidap kanser pada November tahun lalu.“Pada 9 Julai ini, saya akan menjalani proses imbasan CT, manakala pada 22 Julai pula saya kembali semula ke hospital bagi bertemu pakar onkologi,” katanya kepada mStar. Shahronizam berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa sidang media drama Bidadari Tanpa Syurga diadakan di Banglo 289, Kuala Lumpur pada petang Rabu.Dalam pada itu, Shahronizam berkata doktor turut mencadangkan agar dia menjalani rawatan kemoterapi yang dijadualkan sebanyak enam kitaran. ARTIKEL BERKAITAN: Shahronizam hidap kanser tahap duaARTIKEL BERKAITAN: Tak boleh lasak selepas pembedahan, Shahronizam terpaksa tidur mengiring elak sakit... Reda menanti keputusan biopsi“Bulan lepas mereka ada beri cadangan untuk buat kemoterapi. Kena buat enam kitaran. Setiap satu kitaran tu kena masuk wad selama lima hari.“Untuk pergi ke kitaran yang kedua, kena rehat selama tiga minggu. Selepas dah habis tiga minggu tu baru masuk ke kitaran yang kedua. “Maksudnya, lima hari masuk hospital kemudian rehat selama tiga minggu dan memakan masa selama enam bulan jugalah,” ujarnya. Alhamdulillah, saya dah buang tumor dan buat radioterapi tetapi masih ada lagi rawatan yang perlu saya jalani mengikut jadual.SHAHRONIZAM PELAKONMengulas lanjut, Shahronizam turut mengakui sudah bersedia dengan kesan sampingan rawatan tersebut termasuk keguguran rambut yang lazim dialami pesakit kanser.“Biasalah kalau dah jalani kemoterapi ni rambut akan gugur. Doktor ada nasihat carilah drama yang tiada rambut sebab memang akan berkurang. “Doktor ada juga bagi anggaran katanya kemungkinan saya akan bebas kanser ini selepas lima tahun kalau tiada apa-apa, Insya-Allah,” katanya. Pada November tahun lalu, Shahronizam disahkan menghidapi kanser tulang rawan tahap dua selepas mengalami sakit belakang.Shahronizam merupakan suami kepada penyanyi Safura (kiri).Difahamkan, selepas membuat pemeriksaan di Hospital Ampang, Kuala Lumpur dia menjalani pembedahan membuang tumor di bahagian kanan belakang badannya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 29 Oktober 2025.Dalam perkembangan lain, Shahronizam merupakan salah seorang pelakon utama drama Bidadari Tanpa Syurga yang mula ditayangkan di aplikasi Viu pada Khamis.Drama bersiri 12 episod arahan Jamal Khan itu turut dibintangi Datuk Aaron Aziz, Nadiya Nisaam Syad Mutalib, Lorenzo Irmann dan Idzham Ismail.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!