suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan tak ‘move on’, Fify Azmi hanya nak tunjuk kebenaran... Tiada niat kembali bersama

Fify tegaskan pendiriannya membuat pendedahan di Threads.

PELAKON Fify Azmi tampil berkongsi alasan dia membuat pendedahan secara terbuka di media sosial, mendakwa dirinya dicurangi oleh bekas kekasih sebelum ini.

Menurut Fify atau Nur Afiqah Mohamed Azmi, 36, hantaran itu sama sekali tidak memberi gambaran dia masih mengharapkan cinta seseorang, sebaliknya sekadar terpanggil untuk mendedahkan kebenaran.

"Tangkap layar yang dikongsi bukan kerana saya masih mengharap. Ia dibuat kerana sampai satu tahap di mana berdiam diri mula dilihat seolah-olah saya menerima perkara-perkara yang sebenarnya tidak benar.

"Meneruskan kehidupan tidak bermaksud saya perlu berdiam apabila seseorang menggambarkan dirinya sebagai mangsa dan mengenepikan kebenaran," katanya.

Fify membalas komen di Threads. 

Fify menulis perkara tersebut sebagai respons terhadap satu hantaran di laman Threads yang mempersoalkan tindakannya berkongsi kisah peribadi kepada pengetahuan umum.

Pelakon ini juga sekali lagi menegaskan dia tidak pernah terfikir untuk menerima kembali cinta seorang lelaki yang pernah berlaku curang terhadap dirinya.

Malah, dia turut memberi penekanan bahawa perkongsian sebelum ini dibuat kerana tidak mahu timbul sebarang salah faham.

"Iya, saya telah meneruskan hidup. Saya tidak mahu dia kembali dan tiada niat untuk membuka fasa yang telah lama ditutup.

ARTIKEL BERKAITAN: Nama ‘NZ’ jadi bahan jenaka, Fify Azmi siap bergurau... “Kalau Niezam itu seram” 

ARTIKEL BERKAITAN: Fify Azmi kongsi kisah dikhianati, dedah perbualan nakal dipercayai kekasih dengan wanita lain

"Apabila benar-benar pernah mencintai seseorang, proses penyembuhan bukanlah sesuatu yang berlaku dalam sekelip mata. Melepaskan seseorang dan memilih untuk tidak lagi bersama adalah satu perkara. 

"Membiarkan naratif yang tidak benar terus tersebar pula adalah perkara yang lain," jelasnya.

Dalam pada itu, Fify berkata dia sama sekali tidak mengharapkan mana-mana pihak menyebelahinya selepas membaca perkongsian pengalaman tersebut.

Baginya, setiap individu mempunyai pendapat sendiri dan dia terbuka untuk menerima pandangan ramai.

Perkongsian Fify sebelum ini yang mengejutkan ramai. 

"Saya tidak meminta sesiapa untuk memihak kepada saya. Semua orang bebas untuk mempercayai apa sahaja yang mereka mahu. Saya cuma merasakan bahawa jika nama dikaitkan dengan sesuatu naratif, saya mempunyai hak untuk menyuarakan kebenaran daripada sudut sendiri.

"Saya sudah meneruskan kehidupan daripada individu tersebut. Tetapi saya belum boleh mengabaikan kebenaran," tegasnya.

Fify sebelum ini mencuri tumpuan ramai apabila berkongsi tangkap layar dipercayai perbualan dengan bekas teman lelakinya yang berlaku curang.

Menerusi perkongsian tersebut, Fify hanya memberi gambaran lelaki berkenaan sebagai NZ.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain