Siapa kekasih Fify Azmi, Fify Azmi bercinta, teman lelaki Fify Azmi, Fify Azmi dicurangi, penyondol hubungan Fify Azmi,
TIADA angin tiada ribut, pelakon Fify Azmi mendedahkan dirinya menjadi mangsa pengkhianatan dipercayai dilakukan oleh teman lelakinya yang berlaku curang. Pendedahan itu dibuat sendiri oleh Fify atau Nur Afiqah Mohamed Azmi, 36, menerusi satu hantaran di Threads pada malam Rabu. Menurut Fify, dia tidak pernah menyangka perlu berkongsi kisah peribadinya kepada umum, namun berharap pengalaman tersebut dapat dijadikan pengajaran buat wanita lain agar lebih mempercayai naluri sendiri.Fify dedah perbualan teman lelaki bersama seorang wanita."Tak pernah terfikir saya perlu berkongsi perkara seperti ini. Tetapi jika ia dapat membantu walaupun seorang wanita untuk lebih mempercayai naluri sendiri, maka ia berbaloi untuk dikongsikan."Ini adalah peringatan bahawa pengkhianatan tidak semestinya datang daripada orang tidak dikenali, dan kesetiaan bukanlah sesuatu yang boleh dianggap pasti hanya kerana seseorang itu kelihatan baik, baik hati atau nampak alim dan beragama," katanya.Dalam hantaran sama, Fify turut memuat naik beberapa tangkap layar perbualan antara teman lelakinya dengan seorang wanita yang identitinya tidak didedahkan.ARTIKEL BERKAITAN: Tidak perlu jelaskan apa-apa, Niezam Zaidi, Fify Azmi masih ‘partner’ARTIKEL BERKAITAN: Anggap tiada jodoh, Fify Azmi sahkan hubungan dengan Niezam Zaidi sudah berakhirMengulas lanjut, Fify berkata pengalaman pahit itu membuka matanya untuk menerima hakikat bahawa tidak semua orang ditakdirkan untuk kekal dalam hidupnya."Ada pengkhianatan yang tidak memusnahkan diri kita. Sebaliknya, ia membuka mata tentang siapa yang sebenarnya tidak ditakdirkan untuk terus berada dalam hidup kita," luahnya.Dalam pada itu, Fify berkata dia kini memilih untuk meneruskan kehidupan dan lebih menghargai ketenangan jiwa berbanding memaksa kesetiaan daripada individu yang tidak menghargai hubungan yang dibina.Perbualan mesej antara teman lelaki Fify dan wanita berkenaan."Saya sudah melangkah ke hadapan dan belajar bahawa ketenangan jiwa jauh lebih berharga daripada memaksa kesetiaan daripada orang yang salah," ujarnya.Menerusi tangkap layar yang dikongsi, dipercayai teman lelaki Fify mengajak wanita berkenaan datang ke rumahnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!