suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anggap tiada jodoh, Fify Azmi sahkan hubungan dengan Niezam Zaidi sudah berakhir

Fify anggap tiada jodoh dengan Niezam.

PELAKON Fify Azmi mendedahkan hubungan cinta dengan Niezam Zaidi yang dibina sejak tahun lalu sudah menemui titik noktah.

Fify atau nama sebenarnya Nur Afiqah Mohamed Azmi, 35, bagaimanapun enggan mendedahkan punca perpisahan mereka.

“Saya anggap mungkin tiada jodoh antara kami. Saya memilih untuk pergi dan berpisah.

Fify enggan mendedahkan punca perpisahan mereka 

“Tidak perlu saya nak kongsi sebab utama perpisahan ini.  Saya tidak mahu panjangkan hal ini lagi,” katanya ketika dihubungi mStar.

Meskipun mengakui sedikit kecewa, Fify bagaimanapun reda dan menganggap perpisahan itu sebagai satu fasa kehidupan yang perlu dilalui.

Saya tidak mahu panjangkan hal ini lagi.

FIFY AZMI

PELAKON

“Saya pernah letakkan harapan, sebab pada usia ini saya memang cari hubungan yang serius, bukan untuk suka-suka. Tapi mungkin belum rezeki saya ke arah itu.

“Jadi fokus saya sekarang hanya untuk kerja,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fify Azmi beri bayangan sedang diulit bahagia, pertahan Niezam Zaidi bukan ‘bad boy’ - “My good man, insya-Allah”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Niezam Zaidi sedang diulit bahagia, tak main-main berkawan dengan Fify Azmi

Dalam perkembangan lain, Fify memberitahu, dia kini sibuk membuat persiapan membintangi filem berjudul Felino.

“Saya bakal mulakan penggambaran sebuah filem aksi. Jadi saya sibuk menjalani latihan intensif di gim.

“Filem ini turut dibintangi nama-nama hebat seperti Datuk Adi Putra,  Shaheizy Sam dan Andy Teh,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain