suria

Lebih sedekad ‘bertarung’, Azlee Senario lega bebas hutang 2 buah kereta

Azlee bersyukur sudah langsai bayar hutang dua buah kereta miliknya.

PELAWAK Azlee Senario akhirnya menarik nafas lega apabila sudah bebas daripada membayar komitmen bulanan bagi dua buah kereta miliknya.

Azlee atau Muhammad Azlee Jaafar, 58, memberitahu dua kenderaan tersebut sudah selesai dibayar selepas lebih sedekad berjuang menyelesaikan hutang berkenaan.

Kereta Honda CR-V milik Azlee.

"Alhamdulillah, syukur kepada Allah saya sudah bebas hutang untuk kedua-dua kereta saya iaitu Toyota Vellfire, 11 Tahun dan Honda CR-V, 12 tahun.

"Selepas sekian lama 'bertarung' membayar, akhirnya selesai.

"Terima kasih Allah kerana memberiku nikmat pinjaman harta di bumi milik-Mu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sibuk terima undangan persembahan, Azlee Senario terpaksa tutup gerai buah tepi jalan... Mahu kembali berniaga tambah pendapatan

ARTIKEL BERKAITAN: Azlee Senario perlu kerja keras, kos ubat hampir RM3,000 sebulan... Doa sihat terus hiburkan peminat

Azlee berkongsi perkara itu menerusi hantaran di TikTok miliknya pada Ahad.

Perkongsian tersebut juga berjaya meraih perhatian netizen di media sosial selepas merekodkan 50,000 jumlah tontonan serta lebih  900 tanda suka.

Menjengah ke ruangan komen, rata- rata netizen meluahkan rasa gembira dengan perkongsian Azlee yang kini bebas daripada hutang bagi dua buah kereta miliknya itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain