suria

Ameera Khan mengaku bukan Melayu, ibu bapa berdarah Arab dan Pakistan

Ameera bersama ibunya yang berdarah Arab.

MENYEDARI dirinya kerap dikecam, pempengaruh media sosial Ameera Khan lebih selesa mengaku lahir sebagai bangsa Melayu walaupun memiliki darah campuran.

Ameera, 25, berkata, ibunya iaitu Noor Kartini berdarah Arab manakala bapanya, Abdul Halim Khan pula berketurunan Pakistan menjadi bukti dia bukan berketurunan Melayu.

"Saya bukan tak mahu cakap saya berbangsa Melayu tetapi hakikatnya memang bukan! Bukan tak mahu mengaku tetapi memang ibu bapa tiada darah Melayu.

Ameera ketika berkongsi mengenai keluarganya.

"Ibu saya berdarah Arab, bapa pula Pakistan, tiada darah Melayu," katanya menerusi siaran langsung di Instagram miliknya.

Meskipun tidak mempunyai darah Melayu namun Ameera akui dia fasih berbahasa kebangsaan selain mahir bertutur dalam dialek Kelantan memandangkan ibunya lahir di negeri berkenaan.

"Tapi saya dilahirkan dan dibesarkan di sini,  tentu boleh bercakap Melayu dan berdialek Kelantan terutamanya. Kalau tak boleh itu memang boleh tampar muka saya!

ARTIKEL BERKAITAN: Ameera Khan ‘sound’ netizen tanya soalan ‘dah tidur dengan J?’... Sifatkan Jefri Nichol seorang lelaki sempurna

ARTIKEL BERKAITAN: Gambar bersama sudah tiada, Ameera Khan ‘unfollow’ IG Jefri Nichol

"Saya ingat cerita tentang bagaimana ibu saya dibesarkan di Kelantan, tetapi lebih baik tanya dia sendiri," ujarnya.

Jelas Ameera, dia kini lebih selesa mengakui dirinya sebagai orang Melayu kerana malas berbahas dengan orang ramai mengenai keluarganya.

"Kalau orang tanya sama ada saya orang Melayu atau tidak, saya iyakan sahaja. Jika cakap bukan Melayu nanti orang cakap tak sedar diri.

"Kalau jawab tidak, orang akan pertikai," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain