suria

Anugerah pertama lepas 15 tahun, doa ibu bapa jadikan Reen Rahim luar biasa

Reen syukur akhirnya bakatnya dipadangan orang ramai.

SELEPAS 15 tahun bergelar anak seni, pelakon Reen Rahim teruja apabila menerima pengiktirafan sebagai Aktres Paling Dikagumi Malaysia 2025 di Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia 2025 yang berlangsung pada 29 Mei lalu.

Reen atau Noreen Ashikin Abdul Rahim, 36, berkata, pengiktirafan tersebut nyata mengangkat namanya sebagai pelakon selepas berasa tidak dihargai dalam dunia seni sepanjang tempoh itu.

Katanya lagi, pengiktirafan yang diraih itu bukan kejayaan seorang diri sebaliknya dikongsi bersama suami, iaitu Hazim Zainal dan keluarga.

Reen bangga akhirnya terima pengiktirafan.

“15 tahun saya di dalam industri saya tak pernah diangkat dan dihargai. Saya tak sangka acara ini mengangkat nama Noreen Ashikin Abdul Rahim seorang wanita biasa daripada keluarga biasa.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas penghargaan ini.

“Saya rasa saya terlalu kerdil untuk bagi ucapan kat depan ini sebab semua orang hebat. Tapi saya nak bagitahu VVIP saya iaitu mak ayah dan mertua saya terima kasih atas doa dan redanya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Untungnya Reen Rahim, doa ibu untuknya buat ramai tersentuh hati

ARTIKEL BERKAITAN: Kenyataan tegur ibu bapa pilih bulu disalah erti, Reen Rahim minta anak-anak jangan mudah makan hati - “Buat baik kerana Allah”

Dalam acara yang sama, Reen dan suami turut menerima anugerah Perniagaan Cemerlang Tahunan 2025 di atas kejayaannya menjual produk penjagaan diri. 

Tambah Reen, dia berharap pengiktirafan yang diterimanya itu tidak mendorong dia menjadi insan yang membangga diri atas kejayaan yang dikecapi.

Malah dia  percaya setiap usaha dan doa daripada ibu bapa tentunya akan membuahkan satu kejayaan yang tidak dijangka.

“Saya nak minta tolong sampaikan dekat semua di luar sana dengan reda dan doa ibu bapa, yang bodoh boleh jadi pandai.

Suami sentiasa beri sokongan kepada Reen.

“Yang miskin boleh jadi kaya dan yang biasa, boleh jadi luar biasa. Mohon doakan saya dengan suami semoga kami menjadi seseorang yang dikenali.

“Semakin tinggi kami pergi, semakin rendah diri kami. Semoga doa yang baik-baik kembali kepada kalian semua,” ujarnya.

Sebelum ini, Reen berkongsi momen dirinya bersama suami menghadiri majlis Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia 2025 anjuran NiagaTimes kali kesembilan di  TikTok miliknya.

Untuk rekod, Reen dan Hazim mendirikan rumah tangga pada 24 Disember 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain