suria

Scha Elinnea tak menyesal jadi artis, tapi pernah menangis sebab rindukan keluarga

Scha korban masa dengan keluarga demi mengejar kejayaan sebagai pelakon.

SEPANJANG bergelar artis, pelakon Scha Elinnea banyak mengorbankan masa demi mengejar impian untuk berjaya dalam dunia seni.

Scha atau nama sebenarnya Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen, 26, berkata, dia juga pernah menangis kerana tidak dapat meluangkan masa dengan keluarga tersayang.

Bagaimanapun Scha percaya setiap usaha dan pengorbanan yang dilakukan akan membawa kejayaan pada masa depan. 

Scha tak menyesal bergelar seorang pelakon.

"Pengorbanan untuk bergelar artis adalah masa sehingga terpaksa korbankan masa bersama keluarga.

"Saya menangis sebab rindukan mereka. Tapi saya percaya pengorbanan saya ini akan membuahkan hasil suatu hari nanti," katanya kepada mStar.

Biarpun sedih dengan tuntutan yang harus dibuat, namun Scha menjelaskan kerja tetap harus dilaksanakan kerana ia adalah tanggungjawab yang perlu digalas sebagai pelakon. 

Bagaimanapun, Scha tidak pernah menyesali keputusan memilih bidang lakonan sebagai kerjaya kerana minatnya terhadap dunia seni sudah tertanam sejak sekian lama. 

ARTIKEL BERKAITAN: Dunia seni penuh cabaran, Scha Elinnea sedih dirinya sering terpalit isu panas

ARTIKEL BERKAITAN: Hidung semakin mancung, Scha Elinnea jawab tuduhan buat pembedahan plastik

"Sedih macam mana sekali pun, kerja tetap perlu diteruskan.

"Saya pegang pada satu perkara, bila bekerja perlu ada rasa tanggungjawab menjalankan sesuatu pekerjaan tersebut.

"Jadi sedikit pun saya tak pernah menyesal pilih jalan untuk menjadi seorang pelakon," ujarnya.

Scha antara pelakon yang membintangi drama Anak-Anak Mafia.

Dalam perkembangan lain, Scha bakal tampil dalam drama terbaharu lakonannya berjudul Anak-Anak Mafia.

Drama 10 episod itu bakal ditayangkan menerusi platform penstriman Tonton pada 12 Jun ini.

Selain Scha, pelakon lain yang turut terbabit dalam drama berkenaan ialah Mierul Aiman, Fitri Farok, Fariz Isqandar dan Zhen Ning.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain