suria

Komposer lagu ‘Bukan Aku Tak Cinta’ Adinda Amiro meninggal dunia

Adinda meninggal dunia pada malam Isnin.

KOMPOSER, penulis dan penyanyi terkenal, Adinda Amiro meninggal dunia di Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang pada malam Isnin. 

Berita pemergian Adinda atau nama sebenarnya, Saidin Omar, 66, disahkan Timbalan Pengerusi Music Malaysia, Ayob Abd Majid. 

"Kami merakamkan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya kepada keluarga Allahyarham Adinda Amiro atas pemergian arwah ke rahmatullah," katanya dalam hantaran di Facebook. 

Ayob meninggal dunia di Hospital Serdang.

Dalam masa sama, Ayob menyifatkan pemergian komposer yang terkenal menerusi lagu Permaidani nyanyian Aris Ariwatan itu sebagai sebagai individu yang sangat berbakat.

“Karya-karya Allahyarham merentasi masa dan menyentuh jutaan hati rakyat Malaysia.

“Pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar bagi dunia muzik dan budaya Malaysia.

“Namun, legasi seni dan suara hatinya akan terus hidup dalam lagu-lagu yang ditinggalkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dunia seni penuh cabaran, Scha Elinnea sedih dirinya sering terpalit isu panas

ARTIKEL BERKAITAN: Hidung semakin mancung, Scha Elinnea jawab tuduhan buat pembedahan plastik

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, ditempatkan dalam kalangan para solihin, dan diberikan ganjaran atas segala sumbangan seninya yang menghidupkan jiwa-jiwa insan,” ujarnya.

Difahamkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sri Gombak, pagi ini. 

Sepanjang hayat, Allahyarham banyak menghasilkan lagu untuk penyanyi popular tanah air dan kebanyakannya menjadi malar segar.

Antara karya Allahyarham yang terus segar dalam ingatan peminat termasuk lagu Aduhai Seribu Kali Sayang yang dinyanyikan Allahyarham Saleem Iklim, Air Mata (Lestari) dan Bukan Aku Tak Cinta (Iklim).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain