suria

“Dia ada ketika saya sedih” - Puteri Sarah mula kenal hati budi Andi Arsyil

Puteri Sarah dan Andi dalam fasa mengenal hati budi masing-masing.

JIKA sebelum ini, pelakon Puteri Sarah hanya menganggap aktor dan usahawan Indonesia iaitu Andi Arsyil sekadar kawan dan rakan bisnes namun kini sebaliknya.

Tanpa berselindung, Puteri Sarah, 40, mengaku hubungan tersebut memasuki episod baharu apabila dia sedang mengenali hati budi Andi.

Sarah dan Andi dalam fasa saling mengenali.

Bagaimanapun kata Sarah, hubungan terjalin ketika ini lebih tertumpu kepada kerjasama perniagaan yang sedang mereka usahakan bersama.

“Saya selesa untuk katakan kini kami dalam fasa saling mengenali. Dia faham dan menerima saya seadanya. Dia jugalah mentor saya dalam perniagaan, termasuk dalam hidup saya ketika saya sedih.

“Namun buat masa ini, fokus utama kami adalah terhadap projek perniagaan yang sedang dijalankan bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah rasa kena ‘tikam’, Andi Arsyil nasihat jadi manusia lebih baik dan pemaaf

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada istilah tanggung ‘biawak hidup’, Puteri Sarah minta netizen Google siapa Andi Arsyil

“Rasanya tidak perlu terlalu terbuka mengenai hal peribadi kerana apa yang lebih penting adalah perjalanan kerjasama yang kami bina dan saya juga belajar dari kesilapan lalu ,” katanya kepada mStar.

Puteri Sarah juga berterima kasih atas doa dan sokongan ramai yang sentiasa mendoakan kebahagiaannya selepas melalui episod rumah tangga yang cukup mencabar sebelum ini.

“Saya percaya, jika sesuatu hubungan itu diasaskan dengan niat yang baik dan penuh keikhlasan, ia pasti akan membuahkan sesuatu yang positif. Apa pun, biarlah semuanya berlaku secara semula jadi.

Andi ketika hadir ke pementasan teater bagi memberi sokongan pada Puteri Sarah.

“Doakan yang terbaik dan buat masa ini, saya lebih selesa memberi ruang untuk diri sendiri membina fasa baharu dengan lebih tenang,” ujarnya.

Untuk rekod, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah tersohor Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 namun jodoh mereka hanya bertahan selama sembilan tahun apabila sah bercerai talak satu pada 14 Jun 2023.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam,8 dan Sumayyah,7 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain