suria

Jefri Nichol tak mahu kehilangan Ameera Khan, serius sebagai teman istimewa

Ameera berjaya mengubah Jefri untuk menjadi manusia yang lebih baik.

TANPA berselindung, pelakon Indonesia Jefri Nichol tidak mahu kehilangan kekasih hati yang juga pempengaruh terkenal Ameera Khan dalam hidupnya.

Jefri, 26, berkata, Ameera atau dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) adalah wanita berbeza kerana berjaya mengubahnya ke arah lebih baik.

"Saya tak mahu kehilangan Ameera kerana saya berasa lebih secocok berbanding perhubungan sebelum ini.  

Jefri berharap hubungan dengan Ameera dapat ke peringkat seterusnya.

"Ameera juga mampu mengubah saya menjadi individu yang lebih baik," katanya.

Jefri berkongsi perkara itu menerusi program audio siar Curhat Bang yang dikendalikan oleh pengacara Danny Sumargo.

Dalam masa sama, Jefri berkata, Ameera layak mendapat lelaki yang memahami dan mampu menjaganya dengan sempurna.

Mahu menjadi pelindung buat Ameera, Jefri berharap hubungan bersama Ameera dapat melangkah ke fasa seterusnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ameera Khan ‘sound’ netizen tanya soalan ‘dah tidur dengan J?’... Sifatkan Jefri Nichol seorang lelaki sempurna

ARTIKEL BERKAITAN: Gambar bersama sudah tiada, Ameera Khan ‘unfollow’ IG Jefri Nichol

"Ameera adalah individu yang baik dan dia layak untuk dapat seseorang yang memahaminya. Malah dia juga rapat dan baik dengan keluarganya.

"Saya mahu menjadi sebahagian daripada hidupnya. Lagipun hubungan ini pun saya anggap serius, doakan saya," ujarnya.

Untuk rekod, Jefri pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Ameera sebelum dikhabarkan putus sekitar Oktober 2021.

Bagaimanapun pada penghujung Mac tahun lalu, percintaan pasangan ini kembali bertaut dan dilihat lebih terbuka berkongsi kemesraan di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain