suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun RM2,500 bermula tahun depan

Kerajaan bersetuju menyediakan elaun berkenaan kepada kira-kira 90,000 pelajar Tingkatan Enam. -Foto Bernama

PELAJAR Tingkatan Enam bakal menerima Elaun Sara Hidup berjumlah RM2,500 seorang bermula tahun depan menerusi Belanjawan 2027.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, berkata bantuan itu akan dibayar secara berperingkat sepanjang tiga semester pengajian, dengan setiap pelajar menerima lebih RM800 bagi setiap semester.

Menurutnya, pemberian elaun itu akan dilaksanakan selepas proses pendaftaran pelajar Tingkatan Enam selesai dan disalurkan pada semester pertama pengajian mereka.

"Ia (elaun pelajar Tingkatan Enam) akan bermula tahun depan kerana ini Belanjawan 2027. 

"Sebaik sahaja pendaftaran semua pelajar Tingkatan Enam selesai, kita akan sampaikan bantuan itu pada semester pertama mereka," katanya.

Fadhlina berkongsi berita tersebut selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Jelajah Negaraku: Aku Kasih Malaysia di Taman Widuri, Nibong Tebal, Pulau Pinang pada Ahad.

Jelasnya, pemberian elaun itu bertujuan memastikan pelajar Tingkatan Enam mendapat sokongan sewajarnya dari aspek pembelajaran, selain meningkatkan kualiti pendidikan di peringkat berkenaan.

Katanya, bantuan itu juga diharap dapat memperkukuh pencapaian pelajar dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

"Kita sangat gembira dengan pengumuman belanjawan ini kerana inilah antara hasrat kita untuk melihat bagaimana (pelajar) Tingkatan Enam mendapat sokongan dari aspek pembelajaran dan meningkatkan kualiti STPM," katanya.

Menerusi Belanjawan 2027, kerajaan bersetuju menyediakan elaun berkenaan kepada kira-kira 90,000 pelajar Tingkatan Enam di seluruh negara.

Kadar bantuan itu menyamai elaun yang diterima pelajar matrikulasi.

Artikel Lain