suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pakatan Harapan umum 21 calon, Adly Zahari antara taruhan PRN Melaka

Pengumuman calon PRN Melaka oleh Pakatan Harapan itu dibuat pada Sabtu malam.

SERAMAI 21 calon Pakatan Harapan (PH) bakal berentap pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini, dengan Pengerusi PH Melaka, Datuk Seri Adly Zahari, antara nama yang diketengahkan.

Daripada keseluruhan kerusi yang ditandingi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan calon paling ramai iaitu di sembilan kerusi, manakala DAP bertanding di tujuh kerusi dan Parti Amanah Negara (Amanah) di lima kerusi.

Senarai berkenaan diumumkan Perdana Menteri merangkap Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada majlis pengumuman calon di pekarangan Stadium Hang Jebat, Krubong, di Melaka pada Sabtu malam.

Antara calon PKR yang diberi kepercayaan ialah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin; Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Tangga Batu, Farzana Hayani Mohd Nasir; serta Ketua Penerangan Wanita PKR Pusat, Datuk Ginie Lim.

Berikut senarai penuh calon PH bagi PRN Melaka:

1. Kuala Linggi – Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah

2. Tanjung Bidara – Mohd Yunazri Mustamiri

3. Rembia – Mohd Khuzairie Mohd Kamal Kannan

4. Gadek – Jegasilan K.

5. Bukit Katil – Datuk Seri Adly Zahari

6. Machap Jaya – Datuk Ginie Lim Siew Lin

7. Durian Tunggal – Datuk Ashraf Mukhlis Minghat

8. Asahan – P Denesh

9. Paya Rumput – Datuk Azman Abidin

10. Klebang – Farzana Hayani Mohd Nasir

11. Pengkalan Batu – Jason Tze-Xi Nathan

12. Ayer Keroh – Kerk Chee Yee

13. Ayer Molek – Muhammad Hakimin Mokhtar

14. Kesidang – Seah Shoo Chin

15. Kota Laksamana – Low Chee Leong

16. Duyong – Poo Long Suan

17. Bandar Hilir – Leng Chau Yen

18. Telok Mas – Kapten (B) Mohamad Jaafar

19. Rim – Esma Eazreen Husin

20. Serkam – Muhammad Faiq Azman

21. Merlimau – Rahayu Hamzah

Pada PRN Melaka 2021, PH memenangi lima daripada 28 kerusi DUN yang dipertandingkan, menerusi DAP yang memperoleh empat kerusi dan Amanah satu kerusi, manakala PKR gagal memenangi sebarang kerusi.

Barisan Nasional (BN) pula menguasai 21 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri dengan majoriti lebih dua pertiga, sementara Perikatan Nasional (PN) memenangi dua kerusi.

Artikel Lain